Friday, 29 July 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Semua warga Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal tiba pada hari Isnin ini...jangan lupa Melaka cuti ..jangan ada yang terlebih rajin pulak datang opis...

InsyaAllah, kelab ada merangka beberapa program sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...nanti akan diberitahu kelak..

Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan lebih baik berbanding Ramadhan yang dahulu....carilah sebanyak mana keberkatan dan diskaun 99% pahala serta ganjaran yang dijanjikan...Aminnn...


Thursday, 28 July 2011

Majlis Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak Bukit Peirnggit

Pada 25.7.2011 bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Bukit Peringgit telah berlangsung Majls Sambutan Ramadhan Al-Mubarak dan Majlis Bacaan Yasin serta Tahlil.

Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan disusuli dengn bacaan Yasin , Tahlil dan kemudiannya Al-Fadhil Tuan Shukeri Najib telah menyampain Tazkiraan sebelum sembahyang isya' secara berjemaah.

Ramai jugak staff yang datang terutamanya yang lelaki..tapi peratusan staff pompuan yang datang tidak berapa membanggakan..takpelah mungkin mereka ada urusan masing-masing.

Menu-menu yang disediakan oleh tuan rumah amat istimewa sekali..nasi putih,asam pedas tetel, rojak, ayam goreng berempah, smbal binjai, ikan kering , ulam..kuih2,bubur kacang hijau...yang paling menyelerakan n sedap adalah ikan bakar.

Namun makanan yang banyak tu lebihnya smpai kitorang dah boleh bukak warung bazar ramadhan..bungkus sana bungkus sni...pastu pakat2 bagi kepada semua hadirin termasuk puan Rosfinah dan Tuan Adli kiter yang mewakili loyer2 di Melaka. Terima Kasih kerana sudi hadir bersama memeriahkan majlis ini.

Tahniah kepada tuan rumah, especially orang kuat kiter, Ust Azahar n Tuan Yusro n e geng semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Semoga di masa akan datang, ramai lagi kakitangan yang boleh hadir sama untuk sama-sama memeriahkan dan menggamatkan suasana...yang paling best..siap ada pelita keliling mahkamah dan percikan bunga api..mcm dahnak raye tapi puasa belum mula lagi..

Apapun tahniah buat semua yang telah banyak berusaha...



Antara hadirin yang hadir..


Kuih muih yang sedap..alhamdulillah

Tengah menjamu selera

Encik Hamran kiter..

Selamat Menjamu Selera

Anak siapa ni yang jalan sorang2 ni..

Terima Kasih

Tuesday, 26 July 2011

Cahaya Mata...Permata Hati Papa dan Mama...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM ingin merakamkan sekalung tahniah atas kelahiran bayi-bayi comel kepada kakitangan MSNM antaranya  Puan Nurul Huda Abd Kader, Pegawai Teknologi Maklumat yang selamat melahirkan bayi perempuan pada 23.6.2011 seberat 3.61kg yang diberi nama Nur Iman Irdina Binti Mohd Najwan, dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat juga melahirkan bayi lelaki seberat 3 kg pada 22.6.2011 yang diberi nama Manzoor Akmal Bin Ajmal Haq.

Manakala berita yang baru kami terima daripada Hakim Mahkamah Rendah Syariah , Puan Firdawaty Binti Mohamad, Hakim wanita kita juga selamat melahirkan bayi gegel seberat 2.69kg pada 23 Julai 2011 dan diberi nama Sumayyah Binti Azhari.

Tahniah dan semoga anak-anak ini penyambung generasi kita dalam meneruskan perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Ameeeen.

  

Lawatan Ke Mahkamah Keluarga dan Mahkamah Syariah Singapura

Pada 23.6.2011, beberapa orang pegawai dan kakitangan MSNM telah membuat lawatan ke Mahkamah Keluarga dan Mahkamah Syariah Singapura. 

Kami bertolak pada pagi 23 hb tu..awal pagi dalam lebih kurang pukul 2.30 pagi..hujan lebat sangt masa tu, perjalanan ke Johor Bahru juga dalam keadaan hujan lebat..lena tidur kami kekadang terganggu dek gerakan bas yang sedikit terhentak..tapi syukur la..dapat jugak bas dari SUK even dah last minute..tq kepada SUK..

Alhamdulillah jam 5.30 pagi kami selamat smpai di Johor Bahru..kat sana pun hujan lebat juga...namun perjalanan diteruskan dengan melintasi imigresen Malaysia dan memasuki imigresen kerajaan Singapura..pada masa tu masih awal pagi tapi  ramai sgt rakyat malaysia khususnya yang berada di Jb beratur untuk masuk ke spore utk menjalani kerja seharian... menyebabkan keadaan sedikit sesak ketika proses hendak bertukar bas...alhamdulillah jam 6.30 pagi kami memasuki negara jiran itu dan dibawa ke sebuah masjid utk solat Subuh.
Selesai sembahyang,kami terus ke bandar untuk bersarapan dan dibawa ke Arab Street..bersebelahan dengan Masjid Sultan...mengimbau kenangan kisah Natrah berlaku di sini....emmm...kemudian tepat jam 8 pagi kami bergegas ke Family Court di mana beberapa staff mahkamah tersebut sedang menunggu kami yang terlewat dalam 10 minit daripada temujanji kami pukul 8.00...peluang berada di family court terlalu mengujakan kami dari segi struktur bangunan, perabot yang digunakan...konsep dan program yang dijalankan...emmm banyak boleh diadaptasi di pejabat kami...selesai sessi di Family Court kami d bawa pula ke Arab Street lagi sekali untuk lunch...alhamdulillah selesai di sana kami terus menuju ke Mahkamah Syariah Singapura. Melalui Merlion dan hotel berbentuk kapal mengujakan kami untuk singgah selepas prog utk bergambar...di Mahkamah Syariah,kami juga disambut meriah oleh pegawai di sana, bermula dengan dialog, perbincangan, lawataan dan kami disajikan dengan high tea yang heavy semasa akhir pertemuan..terima kasih kepada semua kakitangan family dan syariah court atas kesudian menyambut kami...

Di Family Court...
Di Syariah Court of Spore


 Di Masjid Sultan, Jalan Arab, Singapore...

 Selesai membeli belah di Jalan Arab
 Di Merlion...

Selesai formal visit, pada jam lebih kurang 6.00 petang kami menerukan program informal kami di Arab Street utk mencapai seberapa banyak souviner yang mahu dibawa balik utk opismate dan tak kurang utk kegunaan sendiri...Alhamdulillah lawatan ini banyak memberi manfaat kepada kami...terima kasih kepada semua yang terlibat dan insyaAllah tahun depan kita cuba terbang ke Melbourne..insyaAllah jika diizinkan Allah dan bajet yang cukup...insyaAllah

Monday, 25 July 2011

Sekapur Sireh...Seulas Pinang

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya blog ini berjaya dibina untuk menjadi satu wahdah interaksi secara tidak formal antara ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan juga kepada pelayar-pelayar blog ini.

Blog ini dibina khusus untuk mencatatkan segala aktiviti-aktiviti kelab yang telah diadakan dan juga program-program yang dirancang setiap pada setiap tahun. Program yang diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara semua ahli dalam kita menjalankan tugas di Mahkamah Syariah Negeri Melaka sebagai satu keluarga. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat baiki mana yang lompang, rapatkan hubungan yang mula renggang, dekatkan hati yang mula menjauh, kerana kita semua adalah satu pasukan, yang bekerja untuk menggapai satu matlamat yang sama...insyaAllah.

Di samping itu kami juga ingin berkongsi apa sahaja maklumat atau info dengan anda semua dan jika terdapat sebarang komen atau cadangan penambahbaikkan terhadapa laman blog ini sila berbuat demikian kerana usaha anda untuk memperbaiki mutu blog ini amatlah dialu-alukan.

Terima Kasih.





Hari Keluarga di Cameron Highland, Pahang



Antara ahli kelab yang hadir memeriahkan suasana....


 Permainan berebut kerusi...
 Sebelum permainan dimulakan...
 Cuba teka tangan siapa ini..hehhe
Tuan amir ikatkan tali rakhi...