Assalamualaikum Wrt Wbt,
Hari ini tiada senda dalam bicara...deru air mata merupakan segalanya...sang hati bicara sendiri...Setelah lebih sebulan di Wad ICU..akhirnya Tuan Jasni Bin Mat Desa,Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka telah kembali ke rahmatullah semalam, 18.6.2012 jam 9.30 malam di Hospital Besar Melaka...pagi ini jenazah arwah akan dibawa ke kampung halamannya di Pahang untuk dikebumikan...arwah telah banyak berbakti kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka...semoga arwah ditempatkan bersama para mukminin... amin