Salam Ukhuwwah Salam 1 Malaysia.
Kami warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Tahniah kepada Tuan Amirrudin Abdul Latip, Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin dan juga Puan Aisah Binti Saleh yang mendapat kenaikan pangkat daripada LS 41 kepada LS 44 (Memangku) bermula pada 10 September 2012.
Dengan kenaikan pangkat tersebut, Tuan Amirrudin Bin Abdul Latip telah berpindah ke JAWI Kuala Lumpur sebagai Pendakwa Syarie, manakala Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin akan memulakan tugas sebagai Pegawai Sulh Kanan di Mahkamah Syariah Putrajaya. Puan Aisah Binti Saleh pula telah menjadi Penolong Pengarah Kanan Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Syabas kami ucapkan dan berdoa agar kenaikan pangkat dan pertukaran tempat kerja ini akan memberikan semangat untuk terus cemerlang dalam berkhidmat dengan penuh cemerlang. Amin
Tahniah dan Congratulations!!