Thursday, 31 January 2013

Perpindahan Ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Bermula pada 31.1.2013, semua warga kelab Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang berada di Ibu Pejabat dan Mahkamah Rendah Syariah Peringgit telah mula sibuk untuk proses berpindah ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka di Jalan Ayer Keroh Lama.

Aktiviti gotong royong dan aktiviti mempacking semua barang telah mula pada hari Isnin, 28.1.2013.

Semoga proses perpindahan ini berjalan  dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Amin!!


Ahlan Wasahlan Tuan Ketua Pendaftar MSNM

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kami semua warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Ketua Pendaftar baru , Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz yang akan memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Pendaftar mulai 1 Februari 2013.

Terdapat kekosongan jawatan Ketua Pendaftar setelah Allahyarham Tuan Jasni Bin Mat Desa telah kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2012. Kemudian tugas-tugas Ketua Pendaftar telah digalas dengan penuh komitmen oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman.

Di kesempatan ini, kami warga kelab mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman atas segala jasa dan usaha dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar sementara kehadiran Ketua Pendaftar yang baru pada 1.2.2013. Syukran Jazilan.

Kami akan sentiasa menyokong Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz dalam apa jua tindakan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar di MSNM ini. InsyaAllah.

Tahniah dan Ahlan Wasahlan.