Salam Ukhuwwah kepada semua ahli kelab,
Pagi tadi mesyuarat berkenaan Program Sambutan Aidilfitri telah diadakan..dan di sini ada beberapa pengumuman yang ingin dibuat...
Tarikh program Sambutan Aidilfitri telah ditukar daripada 16.9.2011 kepada 23.9.2011 (JUMAAT) bertempat di Bukit Peringgit bermula pada jam 8.00 malam. Konsep masih sama iaitu berbentuk gerai dan mesyuarat tadi telah juga membuat ketetapan person in charge dan jenis menu seperti berikut:-
NO | UNIT | WAKIL UNIT | MENU |
1 | Perundangan, BSK dan Sulh | Puan Ruhaya dan Ustaz Rahmat | Tradisional |
2 | Pentadbiran,Kewangan,Rekod dan ICT | Puan Raba’atol Adawiyah | Berkuah |
3 | Bukit Peringgit | Ustaz Azahar | Western Food |
4 | Daerah Alor Gajah | Encik Kadir dan Encik Fadil | Rojak, Soto dan Lontong |
5 | Daerah Jasin | Puan Ramlah dan Cik Rahimaton Hamimah | Air dan Pencuci Mulut (termasuk ABC ye) |
Maka, semua ahli yang mempunyai idea untuk unit masing-masing sila lanjutkan kepada PIC yang telah dilantik mewakili anda semua.
Adalah dimaklumkan juga, akan terdapat pertandingan gerai tercantik, makanan paling best, dan juga pakaian paling mantooop....hadiahnya penginapan 5 hari 5 malam dirumah sendiri.....emmmmm..hadiahnya adalah...biarlah menjadi rahsia..
Jom kiter pakat-pakat meriahkan program ini.
Terima Kasih.











