Wednesday, 28 March 2012

Tahniah atas kelahiran cahayamata pertama...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada warga kelab kita , Encik Fadil Bin Duamit yang telah mendapat cahaya mata lelaki pada 27.3.2012. Semoga bayi seberat 3.5kg ini menjadi pengikat kasih, penyambung kasih sayang antara Encik Fadil dan Isteri.

Tahniah daripada kami.

Nama saya Muhammad Aisy Darwish


Bermusafir...makin utuh ukhuwwah kita....



Assalamualaikum Wrt Wbt,

Pada 21 - 23 Mac 2012 yang lepas, lebih kurang 39 orang kakitangan Mahkamah Syariah Melaka telah menghadiri Bengkel Pemurnian Dokumentasi MS ISO 9001:2008 , Latihan Audit dan KPI yang telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Kedah.

Kami bertolak daripada Melaka pada jam 10.00 malam dan perhentian rehat pertama kami adalah di Tapah, Perak. Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana masing-masing berkobar-kobar untuk memulakan bengkel di sana. Alhamdulillah setelah berhenti solat Subuh di RnR Gurun Kedah kami selamat tiba di Jetty Kuala Perlis jam 8.00 pagi.
Inilah insan-insan yang menjayakan bengkel ini...dengan ucapan tahun depan kita pergi lagi nooo....

Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki feri jam 10.30 pagi menuju ke Jetty Kuah, Langkawi. Alhamdulillah tiba di jetty bas dari Rakan Kota Leisure Sdn Bhd telah sedia menanti kami untuk dibawa ke Pekan Kuah. Kemudian pada jam 4.30 petang kami dibawa ke Akademi Koreksional Malaysia yang hanya beberapa meter daripada Jetty Kuah. 
Di Padang Matsirat...Mat Cincang tak pergi..

Program bengkel yang dirancangkan telah bermula pada malam 21.3.2012 dan diteruskan pada keesokan harinya dengan aktiviti berkumpulan. Selesai slot dan bengkel yang telah ditetapkan...semua peserta dibawa ke pekan kuah untuk diberi peluang berbelanja secara berhemah. Alhamdulillah ...berdasarkan penglihatan kami sebagai warga kelab ni ramai yang membeli belah barang yang menjadi keperluan sahaja.

Pada 23.3.2012...pada 12 tgh hari kami dibawa ke jetty untuk menaiki feri pulang ke Jetty Kuala Perlis. Alhamdulillah kami tiba di Kuala Perlis pada jam 1.30 petang. Perjalanan diteruskan menuju ke Padang Besar untuk menghabiskan wang ringgit di tangan...pada jam 7.00 petang..kami mulakan perjalanan menuju ke Melaka dengan berhenti di beberapa perhentian rehat dan tiba di Melaka pada jam 4.30 pagi.

Alhamdulillah...walaupun bengkel ini official program...namun kami semua dapat merasakan ukhuwwah yang dapat disemai antara semua peserta yang mana adalah satu keluarga dalam kelab sukan dan kebajikan ini. Perjalanan yang jauh dapat kita kenali rakan rakan dan sahabat2 kita. Sifat tolong menolong antara sahabat terutamanya semasa membawa barang2 menuju ke jetty dan menaiki feri amat mengharukan diri....sesungguhnya kita kena bersyukur atas persahabatan yang dikurniakan ini..moga ukhuwwah kita tetap utuh selepas pulang dari bengkel ini dan matlamat utama untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 akan terlaksana...insyaAllah.

sabar menanti...

masa nak bertolak...

Datuk mencari datin...

tak sabar nak g beli coklat

siap posing tu...vision 3 set...poket tu banyak lagi duit tu..

sengih semuanya...

Ini dinamakan senyum kambing

sungguh khusyuk....dengan bekalan peluru yang tersimpan rapi...

tgh pikir lepas ni nak beli coklat apa lagi ni....

Control macho...
muka-muka belum mandi...opss
muka-muka ceria menunggu feri

Kumpulan 1 dinobatkan sebagai kumpulan 1 Malaysia

Kumpulan 2 ini telah berjaya menggondol kumpulan juara  PK...

Kumpulan 3 ini pula dinamakan sebagai kumpulan haappening....

Kumpulan 4 ini kumpulan kaki gaduh semuanya....

Kumpulan 5 ni kumpulan paling santai n cool....





     

Wednesday, 7 March 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Semua warga Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan sehati sejiwa, Puan Elmy Syarmila Binti Mohammad Ali yang telah melangsungkan perkahwinan yang gilang gemilang pada 25 Februari 2012 (Sabtu) yang lepas. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin





Monday, 27 February 2012

Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ke hadapan semua ahli kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Pada 25.2.2012 hingga 26.2.2012 yang lepas, program Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Perayu Layar, Pengkalan Balak, Melaka. Tahniah kepada urusetia program. Di sini kami amat menghargai atas kesudian YAA/YA/Tuan/Puan bersama ahli keluarga sekalian.

Kemeriahan sukaneka yang telah diadakan bermula petang 25.2.2012 telah menggamatkan suasana dan diteruskan dengan program perpisahan mantan Yang Dipertua Kelab, Tuan Mohamad Yusro Borhan Nordin dan Puan Norazilawati Mohd Jasman yang banyak memberi sumbangan kepada MSNM dan kepada kelab khususnya. Semoga perpisahan ini mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada. 

Program diteruskan dengan sukaneka pada pagi 26.2.2012 dan berakhir dengan Majlis Penutup pada jam 12.30 tengah hari. Kami selaku urusetia berterima kasih kepada semua yang sudi hadir dan di sini kami ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan yang ada dan segala teguran yang membina bagi penambahbaikan program akan datang amatlah dialu-alukan. 

Sekalung penghargaan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Tarima Kasih.