Monday, 7 May 2012

Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Meriah!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Pada tanggal 3 Mei  2012 yang lepas, Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh telah diadakan dengan cukup meriah di mana program tersebut telah diadakan di Hotel Orkid, Melaka. Para jemputan mula memenuhi Anggerik Ballroom pada jam 8.00 malam. Tepat jam 8.20 malam program dimulakan dengan persembahan silat oleh Amirudin Kazali dan Zainal yang sememangnya ada bakat terpendam. 

Majlis tersebut sememangnya gamat apabila dua orang pengacara majlis bidang terjun kita, Tuan Mohd Saifudin dan Tuan Mohd Rifauddin menguasai pentas utama. Para hadirin juga tidak kering gusi apabila disajikan dengan persembahan oleh wakil Alor Gajah, Melaka Tengah dan persembahan pentomin oleh pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Jasin. Program penyempaian hadiah juga telah disampaikan oleh YAA Datuk Mahammad Ibrahim dan ketua-ketua unit yang lain. Harapan kami agar majlis pada malam ini menjadi kenangan manis buat Encik Mohamad Nasir yang akan bersara pada 9.5.2012.

Selain daripada itu, Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008 dan KPI juga telah diadakan dengan persembahan Montaj oleh Unit ICT Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM juga mengambil peluang pada majlis tersebut dengan mengadakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan utama, penyampaian hadiah hari lahir dan juga penyampaian kepada pemenang pakaian terbaik yang berjaya digondol oleh Puan Firdawaty dan Encik Fadil kita. Tahniah, nampaknya Tuan Saifudin tidak dapat mengekalkan kejuaaraan pada tahun ni.

Akhir kalam, terima kasih kepada semua urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada malam tersebut yang mana diterajui oleh Ustaz Azahar dan Puan Firdawaty. Kehadiran yang memberangsangkan oleh semua kakitangan termasuk mantan YDP Kelab , Tuan Mohamad Yusro Bin Borhan Nordin amat memberi makna kepada kita semua. Syukran dan Tahniah.


hulubalang yg hebat


persembahan silat...mahal byr pesilat ni..hehhe

sessi menjamu selera



terima kasih mantan ydp kerana sudi hadir

antara hadirin yang hadir


Mc yang menggamatkan suasana..tahun depan sign kontrak lagi ye


Puan Fatimah-fatimah n Saliyati


sengih je puan elmy..tunggu che abe tu...


Majlis penyampaian hadiah


ececcece


terhibur dengan persembahan


pelakon terbaik anugerah mlm persaraan


saingan sengit encik fadil..pemenang pakaian terbaik


dak tihah angkat tinggi sangat tangan tu..kekke


persembahan pentomin daripada MRS jasin


"Bole menang ke jasin ni????"


sessi bergambar




    

Monday, 23 April 2012

Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa kelab sukan dan kebajikan bersama dengan jabatan akan mengadakan Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh pada 3 MEI 2012 (KHAMIS) jam 8.00 malam - 10.00 malam bertempat di Hotel Orkid, Melaka. Sila sahkan kehadiran pada borang yang akan diedarkan.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pada tahun ini bukan lagi tema ARABIAN NITE, tetapi tema MELAYU TRADISIONAL...dan hadiah untuk pakaian terbaik juga akan disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut.
.
Adalah menjadi harapan kami agar semua kakitangan dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut bagi menghargai segala jasa dan bakti Encik Mohamad Nasir pada jabatan ini.

Sekian terima kasih.

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Warga Kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin kepada arwah anak Ustaz Rahmat akan diadakan pada 27.4.2012 (JUMAAT) pada jam 9.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Semua warga kelab dijemput hadir ke Majlis Tahlil tersebut.

Sekian terima kasih.

Takziah kepada Ustaz Rahmat Bin Adon

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Dukacita dimaklumkan bahawa anak sulung kepada Ustaz Rahmat telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 14.4.2012 akibat kemalangan jalan raya. Takziah kepada ustaz sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan para mukminin. Semoga Ustaz sekeluarga dapat melalui ujian ini dengan penuh ketenangan. 

Al Fatihah.