Monday, 15 August 2011

Senarai Nama Penerima Sumbangan Fakir Miskin

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kepada semua warga kelab yang sentiasa di bawah lindungan rahmatNya,

Adalah dimaklumkan bahawa penyerahan sumbangan kepada fakir miskin akan diadakan pada 19.8.2011 (JUMAAT).  Maka, kepada wakil-wakil dearah yang telah dilantik atau mana-mana ahli yang mempunyai maklumat tentang fakir miskin yang terpinggir atau tidak mendapat bantuan daripada mana-manan pihak, sila serahkan nama, alamat, dan nombor telefon kepada En. Nazri, En Fadil, & Cik Rahimatun untuk disenarai pendek sebagai penerima.

Harap Maklum.

Terima Kasih.

P/S: mana-mana warga kelab yang masih belum  membuat sumbangan, anda masih berbuat demikian sehingga hari ini. terima kasih. dan adalah juga dimaklumkan senarai nama rombongan penyerah sumbangan juga akan diupload di dalam blog ini.  

Saturday, 13 August 2011

FADHILAT RAMADHAN

 Salam Ukhuwwah kepada semua ahli kelab sekalian, dinukilkan di sini beberapa fadhilat Ramadhan yang ingin dikongsi bersama.....

1.     PARA SYAITAN DAN JIN DIBELENGGU
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2.    AMALAN SUNAT DIBERI PAHALA FARDHU DAN FARDHU DIGANDA 70 KALI.
“Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3.    PINTU NERAKA DITUTUP.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4.    DIBUKA SEMUA PINTU SYURGA.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari).
Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.


5.    ALLAH PERHIASKAN SYURGA.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6.    DILEPASKAN TAHANAN NERAKA

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.    RAMADHAN IALAH TETAMU YANG MENDATANGKAN KEAMPUNAN ALLAH
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8.    TAWARAN PENGAMPUNAN DOSA LEPAS DAN AKAN DATANG

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda:
“Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda
“Sialah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

PETUA MASAKAN DI BULAN RAMADHAN

Pada bulan ramadhan ini, semua warga Mahkamah pastinya akan memasak sendiri untuk menyediakan hidangan berbuka. Berikut ada beberapa tips kepada anda semua sebagai panduan.


• Mengekalkan Kesegaran Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Merasa Makanan di Bulan Puasa
1.      Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
2.      Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.
Jemput-jemput  Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi
Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama.




Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.


Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.




Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1.      Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
2.      Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
3.      Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Selamat mencuba.

Friday, 12 August 2011

Berita Terkini Hiburan Sensasi: Sambutan Aidilfitri...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Salam Ukhuwwah kepada semua ahli kelab,

Pagi tadi mesyuarat berkenaan Program Sambutan Aidilfitri telah diadakan..dan di sini ada beberapa pengumuman yang ingin dibuat...

Tarikh program Sambutan Aidilfitri telah ditukar daripada 16.9.2011 kepada 23.9.2011 (JUMAAT) bertempat di Bukit Peringgit bermula pada jam 8.00 malam. Konsep masih sama iaitu berbentuk gerai dan mesyuarat tadi telah juga membuat ketetapan person in charge dan jenis menu seperti berikut:-

 
NO
UNIT
WAKIL UNIT
MENU
1
Perundangan, BSK dan Sulh
Puan Ruhaya dan Ustaz Rahmat

Tradisional
2
Pentadbiran,Kewangan,Rekod dan ICT
Puan Raba’atol Adawiyah

Berkuah
3
Bukit Peringgit
Ustaz Azahar

Western Food
4
Daerah Alor Gajah
Encik Kadir dan Encik Fadil

Rojak, Soto dan Lontong
5
Daerah Jasin
Puan Ramlah dan Cik Rahimaton Hamimah

Air dan Pencuci Mulut (termasuk ABC ye)



Maka, semua ahli yang mempunyai idea untuk unit masing-masing sila lanjutkan kepada PIC yang telah dilantik mewakili anda semua.

Adalah dimaklumkan juga, akan terdapat pertandingan gerai tercantik, makanan paling best, dan juga pakaian paling mantooop....hadiahnya penginapan 5 hari 5 malam dirumah sendiri.....emmmmm..hadiahnya adalah...biarlah menjadi rahsia..

Jom kiter pakat-pakat meriahkan program ini.

Terima Kasih.