Monday, 25 July 2011

Sekapur Sireh...Seulas Pinang

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya blog ini berjaya dibina untuk menjadi satu wahdah interaksi secara tidak formal antara ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan juga kepada pelayar-pelayar blog ini.

Blog ini dibina khusus untuk mencatatkan segala aktiviti-aktiviti kelab yang telah diadakan dan juga program-program yang dirancang setiap pada setiap tahun. Program yang diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara semua ahli dalam kita menjalankan tugas di Mahkamah Syariah Negeri Melaka sebagai satu keluarga. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat baiki mana yang lompang, rapatkan hubungan yang mula renggang, dekatkan hati yang mula menjauh, kerana kita semua adalah satu pasukan, yang bekerja untuk menggapai satu matlamat yang sama...insyaAllah.

Di samping itu kami juga ingin berkongsi apa sahaja maklumat atau info dengan anda semua dan jika terdapat sebarang komen atau cadangan penambahbaikkan terhadapa laman blog ini sila berbuat demikian kerana usaha anda untuk memperbaiki mutu blog ini amatlah dialu-alukan.

Terima Kasih.





Hari Keluarga di Cameron Highland, Pahang



Antara ahli kelab yang hadir memeriahkan suasana....


 Permainan berebut kerusi...
 Sebelum permainan dimulakan...
 Cuba teka tangan siapa ini..hehhe
Tuan amir ikatkan tali rakhi...

5 comments:

HatiNanSuci

Alhamdulillah.... terbina sudah satu blog untuk mahkamah..walaupun atas nama kelab... tak kisahlah..janji kita boleh berinteraksi secara tak formal sesama kita.... walaupun ianya baru dibina tetapi bloggernyer dah berpengalaman...hehe.
Oklah... sama-samalah kita manfaatkan blog kita ni... Insya Allah...

norhashimah hassan

Salam. Bagus n terima kasihlah da bwtkan blog ni. sonang sikit den nak kobar2kan citer2 hal jabatan coz kengkadang emel pun diorg x bukak...
Ni tlg habaqkan kat sume pegawai2 kena g majlis berbuka Puasa Persatuan Pegawai Syariah Malaysia pada 12 Ogos 2011 (Jumaat) di Dewan Makan, Aras 4, Mahkamah Syariah Putrajaya... Harap maklum... Don wori, eseh akan emel n wat memo gak kat depa na....

YDP Kelab

Saya cadang, yang nak bagi komen kat blog ni gunakan nama samaran yang orang sedia tahu......insyAllah tahun ni hari keluarga kita lebih baik dari sbeelum ini, Ust Hambali n abang khairul oarang kuat di Cameron, diberikan keprcayaan sekali lagi untuk buat hari keluarga.....mudahan berjaya....

pinkycute_elmy2207

Assalamualaikum, w.b.t.. Tahniah! krn berjaya lakukan satu lg pembaharuan dlm melancarkan perjalanan program kelab sukan msnm kita. bile tengok gambar2 atas tu mase family day di cameron highland, pahang rasa rindu pulak pd kak zila. huhuhu.. Harap2 beliau gembira & bahagia di tempat baru. Mari ramai2 kita meriahkan family day bulan 10 nie di pengkalan balak, melaka. InsyaAllah, ajk program akan berusaha merangka game yg menarik untuk kita semua. kpd ustaz hambali & abg khairul, gud luck! semoga ukhwah yg tlh sedia terbina sesama kita menjadikan hidup kita dirahmat oleh Allah~ Amin.

YDP Kelab

Saya cadangkan, ajk boleh panggil Zila sebagai tetamu undangan dan kita buat terus sambutan perpisahan untuk dia yang tak sempat kita buat.........AJK promosi kena kerja kuat sikit buat promosi......tahniah dan selamat bertugas sepanjang ramadhan kepada ust ahmbali n abng khairul n semua ajk.

Post a Comment