Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya anatara kita ANAK BERANAK DAN ADIK BERADIK DI MAHKAMAH INI dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli Keluarga Besar Mahkamah Syariah yang terdiri dari "Ayahanda" yang kita sayangi YAA Datuk Mahammad Ibrahim, "kekanda sulung " YA Tn Asri dan Tn Jasni, seterusnya semua kekanda-kekanda saya, dan adinda-adinda saya.Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan seikhlasnya dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Ambillah kesempatan dengan 2 aktiviti besar Kelab Kita tahun ini iaitu Jamuan Aidil Fitri dan Hari Keluarga yang bakal dilaksanakan untuk MENGERATKAN UKHUWWAH SESAMA KITA.
Akar Nibung Meresap,Akar Mati Dalam Perahu,
Terbakar Hati ternampak Asap,
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.Ikhlas Penuh Ikhuwwah,YDP Kelab Sukan & Kebajikan
3 comments:
silap pantun tu....
akar nibung meresap,
akar mati dalam perahu,
terbakar kampung kelihatan asap,
terbakar hati siap yang tahu
mcm kenal je pntun tu...
tak kesah la nampak asap ke atau akar mati dalam perahu...asal boleh mkn rendang..
Post a Comment