Saturday, 13 August 2011

PETUA MASAKAN DI BULAN RAMADHAN

Pada bulan ramadhan ini, semua warga Mahkamah pastinya akan memasak sendiri untuk menyediakan hidangan berbuka. Berikut ada beberapa tips kepada anda semua sebagai panduan.


• Mengekalkan Kesegaran Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Merasa Makanan di Bulan Puasa
1.      Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
2.      Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.
Jemput-jemput  Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi
Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama.




Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.


Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.




Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1.      Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
2.      Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
3.      Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Selamat mencuba.

4 comments:

norhashimahassan

wah bagus rrr opis kite da ade mak banang n mak neng... ade tak petua nak ilangkan bau sotong rendam erk? kadang2 berbau rrr...

Mak Banang

ni mak banang dah dtg..sotong rendam tu rendam ngn garam skit nak ilangkan hanyir...acu cuba...hehhe..selamat memasak kepada semua warga muslimah mahkamah...yang lelakinya selamat menjamu selera...

norhashimahassan

utk pengetahuan mak banang, da cube da kai garam, masalahnye lak bila masak, sotong tu jadi masin la pulakkk....

Mangkuk Tengkat

oklah tu..kita nk slesaikn masalah hanyir jer..masalah masin ikuti langkah yg tertera di atas."masakan termasin"

Post a Comment