Assalamaualaikum Wrt Wbt,
Para ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,
Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Muhamad Yusro Bin Borhan Nordin yang telah diberikan surat kenaikan pangkat pemangkuan LS48. Namun berita gembira ini sedikit menyentuh hati semua warga kelab kerana beliau akan bertukar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan bermula pada 19.12.2011 dimana akan memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Syariah Jabatan Peguam Negara.
Perpindahan YDP ini sedikit sebanyak memberi impak kepada semangat semua ahli kelab kerana beliau adalah nadi penggerak, pencetus idea-idea bernas dalam menjayakan apa-apa program dan perancangan dalam almanac kelab sukan dan kebajikan sejak tahun 2008 lagi.
Semoga Tuan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan kami doakan semoga perpindahan ini Tuan dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam kerjaya sebagai penjawat awam.. Tahniah dan kami akan sentiasa mengingati segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan dan khususnya dalam menaikkan taraf kelab sukan dan kebajikan yang disayangi ini.
TAHNIAH ...
5 comments:
Jazakumullah Khairan jaza' kepada ayahanda YAA Datuk, Kekanda YA Tuan Asri dan Tuan Jasni, Tn guru saya Tn Shukeri, para sahabat tuan/puan hakim,Pn Aishah & kroni.......senarai panjang yang sentiasa saya sayangi dan pastinya akan saya rindui.
Mengejutkan dan tak sangka tahap gaban dengan perlantikan itu. sedih benar meninggalkan keluarga besar MSNM yang sporting dan famili....selepas ini kelab pastinya akan dipimpin oleh YDP yang jauh lebih kaliber dan dinamis......
Sedih bila dikhabarkan Tuan akan meninggalkan kami.... terasa kehilangan seseorang yang sentiasa ramah, sporting dan disenangi oleh semua. Bukan memuji tapi itulah realiti sikap Tuan sepanjang perkenalan saya dengan Tuan Yusro.... Tapi biarlah...tiada perpisahan jika tiada pertemuan.... dan pertemuan yang ada banyak manisnya menjadi ingatan segar buat kami semua..... Ketokohan Tuan sedikit sebanyak saya pelajari samaada Tuan sebagai Hakim atau YDP, Tuan adalah Tuan yang ada sikap keterbukaan... Kerjaya!!Kita mesti berjaya menjana performence terbaik dlm kerjaya!! Ya, itu target Tuan, Target saya, Target semua kakitangan..... Rezeki jangan ditolak walau sedikit pahit untuk dimamah, ditelan dan dikunyah.... tapi itulah kehidupan.... Semoga Tuan sentiasa istiqamah dengan jatidiri Islam yang telah dihadam. Semoga sentiasa diberi kekuatan walau apa pun cabaran kehidupan akan datang.... Semoga Tuan menjadi pemimpin yang disegani dan dicontohi sepertimana hasilnya di Melaka.... Barakallahi fika....
tahniah tahap gaban kepada YDP kite yang telah mencurahkan jasa bakti kepada kebajikan ahli-ahli kelab ini.semoga jasa baik YDP hanya Allah shj yang layak untuk membalasinya.
Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan...kehidupan perlu diteruskan walaupun perpisahan itu sungguh pahit untuk ditelan..namun utk berjaya harus ada pengorbanan..moga perpisahan ini mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim yang sedia ada...
ish sedih la pulak......
Post a Comment