Monday, 27 February 2012

Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ke hadapan semua ahli kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Pada 25.2.2012 hingga 26.2.2012 yang lepas, program Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Perayu Layar, Pengkalan Balak, Melaka. Tahniah kepada urusetia program. Di sini kami amat menghargai atas kesudian YAA/YA/Tuan/Puan bersama ahli keluarga sekalian.

Kemeriahan sukaneka yang telah diadakan bermula petang 25.2.2012 telah menggamatkan suasana dan diteruskan dengan program perpisahan mantan Yang Dipertua Kelab, Tuan Mohamad Yusro Borhan Nordin dan Puan Norazilawati Mohd Jasman yang banyak memberi sumbangan kepada MSNM dan kepada kelab khususnya. Semoga perpisahan ini mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada. 

Program diteruskan dengan sukaneka pada pagi 26.2.2012 dan berakhir dengan Majlis Penutup pada jam 12.30 tengah hari. Kami selaku urusetia berterima kasih kepada semua yang sudi hadir dan di sini kami ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan yang ada dan segala teguran yang membina bagi penambahbaikan program akan datang amatlah dialu-alukan. 

Sekalung penghargaan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Tarima Kasih. 


















6 comments:

Bekas YDP kelab

Sekalung penghargaan tinggi jawatankuasa penganjur yang diketuai pn Aisah n kroni, Ust Hambali n Mr Khairul....inilah antara hari keluarga yang meriah dan dapat sambutan. Juga rakaman terima kasih kerana mencuri waktu mengadakan majlis buat perpisahan "sementara" saya.......

Abi Irfan

Alhamdulillah...segala perancangan berjalan lancar. Cuma terdapat beberapa kekurangan yang memang tidak diduga dan akan diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih kepada Mantan YDP Tuan Yusro dan mantan AJK Biro Kebajikan, Puan Norazilawati atas kesudian kalian meraikan bersama-sama majlis yang tidak seberapa ini. Diharapkan juga kepada ahli kelab yang 'teraniaya' dengan keadaan bilik di resort yang berkenaan agar dapat memaafkan pihak urusetia kerana ianya di luar jangkaan kami.... Maaf juga kerana di Pengakalan Balak tiada resort yang mempunyai lebih 50 bilik... hanya yang paling banyak di resort 'Malang' tersebut iaitu 40 lebih dan urusetia bernasib baik tidak ambil semua bilik di situ. Manakala di perahu layar setelah di observe mungkin yang terbaik dan kedua terbanyak biliknya di pengkalan balak.... Alhamdulillah, pelbagai halangan sebelum program ini berlangsung, urusetia sahaja yang tahu..tapi itulah asam garam nak berprogram bila duit tak cukup.... Sekian....

insan biasa

semoga segala jasabaik dari pihak urusetia hanya mampu dibalasi oleh Allah swt...
"kita mampu merancang,Allah yang menentukan segalanya"
2walaupun saya tidak dapat hadir bersama,namun sya dapat merasai kemeriahannya...

Mantan YDP Kelab

kemeriahan program diserikan dengan warna "jersey" pasukan yang berseragam.......lepas ni, kalau boleh biar semua ahli keluarga memakai warna pakaian yang sama seperti sepasukan.......

Abi Irfan

Ceria rasa tengok gambar-gambar ni...hilang rasa 'sedih'...hehe... terima kasih semua..

Mama

Abi Irfan...setiap program kita tidak akan dapat tahu kelebihan atau kelemahan.hanyalah selepas prog itu berlangsung..jgn blame diri sendiri kerana kita sendri nak yg tbaik utk peserta..namun kita hanya merancang...jadikan kelemahan yang ada sebagai satu panduan utk masa akan dtg...agar dibuat penambahbaikan...whatever pun tahniah kepada semua urusetia yg bertungkus lumus melaksanakan program ini kerana tanpa kalian..prog ini tidak akan terlaksana....tahniah n we enjoy the prog ...dgn ucapan jabatan leh la mntak bajet banyak sket if nak buat lagi grand kan,..tak gitu hambali...hehhehe

Post a Comment