Wednesday, 28 March 2012

Bermusafir...makin utuh ukhuwwah kita....



Assalamualaikum Wrt Wbt,

Pada 21 - 23 Mac 2012 yang lepas, lebih kurang 39 orang kakitangan Mahkamah Syariah Melaka telah menghadiri Bengkel Pemurnian Dokumentasi MS ISO 9001:2008 , Latihan Audit dan KPI yang telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Kedah.

Kami bertolak daripada Melaka pada jam 10.00 malam dan perhentian rehat pertama kami adalah di Tapah, Perak. Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana masing-masing berkobar-kobar untuk memulakan bengkel di sana. Alhamdulillah setelah berhenti solat Subuh di RnR Gurun Kedah kami selamat tiba di Jetty Kuala Perlis jam 8.00 pagi.
Inilah insan-insan yang menjayakan bengkel ini...dengan ucapan tahun depan kita pergi lagi nooo....

Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki feri jam 10.30 pagi menuju ke Jetty Kuah, Langkawi. Alhamdulillah tiba di jetty bas dari Rakan Kota Leisure Sdn Bhd telah sedia menanti kami untuk dibawa ke Pekan Kuah. Kemudian pada jam 4.30 petang kami dibawa ke Akademi Koreksional Malaysia yang hanya beberapa meter daripada Jetty Kuah. 
Di Padang Matsirat...Mat Cincang tak pergi..

Program bengkel yang dirancangkan telah bermula pada malam 21.3.2012 dan diteruskan pada keesokan harinya dengan aktiviti berkumpulan. Selesai slot dan bengkel yang telah ditetapkan...semua peserta dibawa ke pekan kuah untuk diberi peluang berbelanja secara berhemah. Alhamdulillah ...berdasarkan penglihatan kami sebagai warga kelab ni ramai yang membeli belah barang yang menjadi keperluan sahaja.

Pada 23.3.2012...pada 12 tgh hari kami dibawa ke jetty untuk menaiki feri pulang ke Jetty Kuala Perlis. Alhamdulillah kami tiba di Kuala Perlis pada jam 1.30 petang. Perjalanan diteruskan menuju ke Padang Besar untuk menghabiskan wang ringgit di tangan...pada jam 7.00 petang..kami mulakan perjalanan menuju ke Melaka dengan berhenti di beberapa perhentian rehat dan tiba di Melaka pada jam 4.30 pagi.

Alhamdulillah...walaupun bengkel ini official program...namun kami semua dapat merasakan ukhuwwah yang dapat disemai antara semua peserta yang mana adalah satu keluarga dalam kelab sukan dan kebajikan ini. Perjalanan yang jauh dapat kita kenali rakan rakan dan sahabat2 kita. Sifat tolong menolong antara sahabat terutamanya semasa membawa barang2 menuju ke jetty dan menaiki feri amat mengharukan diri....sesungguhnya kita kena bersyukur atas persahabatan yang dikurniakan ini..moga ukhuwwah kita tetap utuh selepas pulang dari bengkel ini dan matlamat utama untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 akan terlaksana...insyaAllah.

sabar menanti...

masa nak bertolak...

Datuk mencari datin...

tak sabar nak g beli coklat

siap posing tu...vision 3 set...poket tu banyak lagi duit tu..

sengih semuanya...

Ini dinamakan senyum kambing

sungguh khusyuk....dengan bekalan peluru yang tersimpan rapi...

tgh pikir lepas ni nak beli coklat apa lagi ni....

Control macho...
muka-muka belum mandi...opss
muka-muka ceria menunggu feri

Kumpulan 1 dinobatkan sebagai kumpulan 1 Malaysia

Kumpulan 2 ini telah berjaya menggondol kumpulan juara  PK...

Kumpulan 3 ini pula dinamakan sebagai kumpulan haappening....

Kumpulan 4 ini kumpulan kaki gaduh semuanya....

Kumpulan 5 ni kumpulan paling santai n cool....





     

7 comments:

Orang Melaka di Kota Bharu

Seronoknyer............

Manja

Harap 'perjalanan yang jauh' itu meninggalkan seribu makna utk kita semua...segala kepenatan dlm menjayakan program ISO akan terbalas dgn pensijilan MS ISO 9001:2008 buat Mahkamah Syariah Melaka...GO FOR IT!!

Abi Irfan Zihni

Program Penting Jabatan Berkeluarga seperti ini sangat menyeronokkan.... selain dapat mengeratkan ukhwah anak-beranak mahkamah, dpt juga bersatu siapkan DOKUMEN keramat yang sangat penting untuk mahkamah.. semoga perjalanan dan pengembaraan kita selama 3malam 3hari ini mencetuskan hasil karya yang sangat bernilai untuk generasi2 mahkamah akan datang.... mudah-mudahan... Ameen...

Yang Ikhlas

Semoga bengkel ini mencapai matlamat yang diimpikan...pada masa yang sama, semoga ia menjadi satu penghargaan daripada pentadbiran kita kepada semua pegawai dan kakitanga yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan dokumentasi MS ISO 9001:2008 dan audit dan juga KPI sebelum melangkah ke sana...amat bersyukur kerana dokumen kita dapat disempurnakan...Syukur Alhamdulillah...Biar duit habis bershopping tapi kepuasan tetap dirasai...tempat penginapan jugak agak mencabar...tp sesekali menguji stamina semua yang dah berapa lama tidak pergi GIM dan bersenam....syukur alhamdulillah...

Suka Bermusafir...

Kepada sahabat kita yang kehilangan beg..smoga ujian ini menjadi pengajaran kepada semua yang pergi tentang betapa pentingnya "teamwork" kita salam suatu organisasi...dengan harapan tahun depan Pulau Tioman plak ye datuk...hheheheh..tima kasih

Urusetia Yang Setia Pada Yang Satu

Dikesempatan ini, pihak urusetia ingin memohon sejuta kemaafan atas kekurangan di pihak kami sepanjang mengadakan program ini...semoga dapat ditambah baik pada masa akan datang..tima kasih atas sokongan semua dalam menjayakan bengkel ini..jazakallah..

Suka Berprogram...

Akademi KOreksional tu sesuai untuk program kem bina insan..jika ada bajet lebih..boleh lah kita buat program motivasi atau jati diri kat sana...harap dapat sokongan semua

Post a Comment