Alhamdulillah pada 4.4.2014, jam 8.30 malam Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah jayanya berlangsung. Majlis tersebut diadakan untuk meraikan pertukaran mantan Ketua Hakim Syarie, YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan persaraan Puan Hajah Fatimah Binti Abdul Raoh, Setiausaha Pejabat kepada YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim.
Program dimulai dengan tetamu kehormat diarak dengan menaiki cruise menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah menuju ke Hotel Wana Riverside Melaka. Paluan Kompang menyambut ketibaan para tetamu kehormat menuju ke Ballroom Hotel Wana Riverside.
Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang program dihiasi dengan persembahan daripada setiap zon. Gelak Tawa menjadi penyeri malam tersebut. Malam tersebut sungguh telah menyatukan semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka apabila hampr kesemua kakitangan terlibat dengan persembahan Zon masing-masing.
Gamat suasana apabila YAA Datuk memberi ucapan. Namun sessi bergambar telah menimbulkan rasa sayu di hati semua pegawai dan kakitangan. Sungguh perpisahan ini meninggalkan kesan kepada kami semua. Namun kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan ini tiada noktah..maka redhalah kerana perpisahan juga akan mengeratkan tali silaturrahim antara kita.Amin..Ingat Kami Dalam DoaMu..YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim.
3 comments:
Alhamdulillah.. meriah sungguh.. sudah takdir Allah saya tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini.... Apa2 pun segalanya berjalan lancer... :-)
persembahan yg sgt menarik... korg mmg terbaik... semoga berkekalan ukhwah ini hingga ke akhir hayat ;)
Sangat meriah dan sporting semua....semoga program2 sebegini menambahkan lagi ukhuwwah kita semua..amin..Semoga berjaya YAA Datuk d MSWP...memang terrrbaaaiiikkkkk!!!!
Post a Comment