Thursday 22 September 2011

Program Sambutan Aidilfitri Mahkamah Syariah Melaka MERIAH!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah, syukur ke hardat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya program Sambutan Aidilfitri MSNM berlangsung meriah semalam  dengan kehadiran ramai pegawai,kakitangan dan jemputan yang memeriahkan suasana.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dan kesungguhan semua pemilik gerai telah menggamatkan suasana.

Semoga program ini memberi seribu satu kenangan kepada semua dalam kita mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada dan segala kerjasama yang ditunjukkan oleh semua amatlah dihargai.

Syabas kepada semua warga MSNM.

Gerai Jon Labu memenangi Anugerah Gerai Tercantik

Sessi Penyampaian Sijil kepada Gerai Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah

Penyampaian Sijil kepada Wakil Gerai Mahkamah Rendah Syariah Jasin

Unit Pentadbiran, Rekos & ICT Juga mengambil bahagian

Wakil Unit Perundangan, BSK & Sulh menerima Sijil Penyertaan daripada YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim

Sessi penyampaian hadiah

Kehadiran YB Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid turut memeriahkan suasana

Persiapan sebelum program

Gerai mantaaaaap..



Antara hadirin yang hadir

Gerai yang sentiasa manis dengan senyuman...



11 comments:

ydp kelab

terima kasih atas kerjasama YAA Datuk, YA Tuan asri, Tuan KP, tuan-tuan hakim, puan-puan pegawai, penolong-penolong pendaftar, para pemabnatu syariah, para kakitangan sokongan dan ahli keluarga besar MSNM...terharu melihat kehadiran hampir 95% pada malam itu, bersama-sama keluarga masing-maisng.......
Tidak lupa jutaan terima ksih kepada pengarah program Pn Aisah dan krew Pn Zamni, En Fauzi, dll......sekalung tahiniah gerai terbaik dan krew...saya bangga dengan kalian...yang lain pun saya bangga jugak.....

ydp kelab

alhamdulillah...sambutan kita berjaya dengan jayanya....semua gerai memang best dan sporting...DJ berhak diberi pujian kerana tolong meriahkan majlis, Tq ust amir khazal...kehadiran terbesar program kelab yang pernah dianjurkan...kalau sahabt yang tak hadir malam tu dapat join sama , majlis pasti bertambah meriah.....tahun depan kita boleh cuba konsep yang lain.....mewakili penganjur, kami mohon kemaafan jika ada kelemahan...insyaAllah kita boleh perbaiki.....

Pemenang anugerah Pakaian tak bape nak tantik

Ini adalah hasil kreatif YDP kita...tahniah tuan atas idea yg bernas...tuan dah sudah beri tnjuk ajar mcm mana nak memancing...urusetia hanya melaksanakannya...terima kasih kepada semua yang hadir dengan ucapan taun depan satay kena tambah lagi...heheh

ASTRO MERIAH

Saya melaporkan terdapat para hadirin mengusulkan agar tema ditukar kepada jenis masakan barat, pantai timur, selatan (laksa johor), minang, kemboja ke...utk tahun depan punya sambutan raya..pasti lagi meriah...sekian sahaja saya melaporkan dari ASTRO MERIAH..terima kasih

Urusetia

sy kagum dengan gerai Jon Labu..sanggup beli baju chef semata2 utk prog ini.i terharu lah...

Mama Irdeena

betul betul DJ memang menyumbang kepada kemeriahan suasana...welldone dik dgn ucapan da leh sain kontrak jadi DJ MSNM...heheh

YDP Kelab

semua sahabat.......kejayaan program ini atas kerja kuat semua ahli kelab..terlalu panjang senarai nama para pegawai dan penggeraknya.....tahun depan, insyaAllah kelab boleh fikirkan konsep yang luar biasa...harus diingat tahun depan kita akan berada di kompleks mahkamah yang baharu...insyaAllah........ada orang bisik ngan saya, sepatutnya semua kategorii gerai JOHN LABU yang menang...saya senyum ajer......jangan mare sahabat yang lain......

Tokey warung Jon Labu

Tokey warung Jon Labu
Terima kasih kepada yang sudi merasai resepi dari warung kami. Penampilan kami sekadar penambah perisa kepada resepi-resepi hebat yang ada pada malam itu.Siapa lah kami Tuan YDP yang nak menang semua... Takut nanti orang tak mau datang lagi ke sini. Itulah resepi yang termampu disediakan oleh kami ikhlas untuk semua hadirin dan itulah rupenya warung yang sempat singgah difikiran kami untuk dipersembahkan. Walaubagaimanapun tahniah dan terimakasih kepada krew warung Jon Labu kerana telah memberi komitmen yang padu.. sepadu dua singa yang didepan sana tu......

Gerai Gema Aidilfitri

tahniah kepada tokey warung jon labu..yang menjuarai kategori gerai tercantik..insyaAllah tahun depan kita berentap lagi..mungkin gerai gema aidilfitri akan muncul juara pula...

Krew Mee Best Corner

Tahniah kepada semua yang menang.... semoga ukhwah yang terjalin rapat ini akan berterusan sampai bila2..... seronok sangat semangat kerjasama semasa program ini berlangsung... inilah julung2 kali program sebegini dilancarkan... Tuan Yusro, u are the best leader!!!!

YDP Kelab

Tengkiu krew mee best corner....klancaran dan berjayanya program KITA atas kerja kuat kita bersama dan idea KITA bersama......thniah buat semua......jangan lupa family day kita, kita buat sedikit kelainan.....

Post a Comment