Monday 18 June 2012

Al-Fatihah atas pemergian Tuan Jasni Bin Mat Desa ke rahmatullah.

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Hari ini tiada senda dalam bicara...deru air mata merupakan segalanya...sang hati bicara sendiri...Setelah lebih sebulan di Wad ICU..akhirnya Tuan Jasni Bin Mat Desa,Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka telah kembali ke rahmatullah semalam, 18.6.2012  jam 9.30 malam di Hospital Besar Melaka...pagi ini jenazah arwah akan dibawa ke kampung halamannya di Pahang untuk dikebumikan...arwah telah banyak berbakti kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka...semoga arwah ditempatkan bersama para mukminin... amin

4 comments:

Azita

Salam takziah buat keluarga Tn Jasni, Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin...Amin...

Kekosongan yang tidak mungkin dapat diganti....kehilanganmu pasti dirindui...Janji Allah itu benar dan pasti... kami redha Ya Allah...

Anonymous

semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan tenang di sana Al-Fatihah...

Abi Irfan Zihni

Tiada kata yang boleh dibicara oleh lidak yang terkelu seketika.... terpinar rasa di jiwa meruntun sebak di dada... entah... rasa baru semalam bermesra dengan si dia...bertentang mata merenung ke dalam mata... berkongsi idea teori dan bersama praktikkannya... tetapi kini dia pergi...dia pergi jauh....jauh...dari kita semua... Diri rasa ego untuk menangisi pemergiannya tetapi jauh di lubuk hati seperti hendak meraung sekuat hati mengenang segala perit jerih beliau memajukan pentadbiran MSN Melaka...dan sifat lemah lembutnya... Bila Anakmu ku kenang...sebaya anakku...sedih dan pilu terbayang anak yang akan cari ayah...ayah mana? ayah x sayang saya ke? lama dia tak jumpa saya? mana dia pergi mama???.. Selangkah ke biliknya..seperti ada Tuannya..tetapi ku sedar ia bayangan rindu pada si dia... Semoga dikau tenang...aman.... dan gembira bermastautin bersama-sama para syuhada` di sana... Jasamu Akan Kami kenang sampai bila2...

syifaa arjuna

Yang patah kan tumbuh, Yang hilang dan pergi pasti kan berganti...itulah lumrah kejadian Allah Yang Maha Agung..Kesedihan dan Kegembiraan itu anugerah Allah. Janganlah kita terlalu tangisi suatu perpisahan itu jika suatu pertemuan yang memang kita sangat impikan suatu ketika dulu...Tidak salah bersedih, tapi ambil lah pengajaran dan hikmah daripada sebuah 'pemergian' mahupun perpisahan abadi yang kita semua pasti melaluinya suatu hari nanti. Demi insan yang kita kenang jasa dan budinya, yang kita sayangi dan pasti kita rindui...kita kuatkan semangat..teruskan perjuangan dan impian beliau yang tidak kesampaian di Mahkamah ini..Dengan harapan suatu hari kita semua akan tersenyum puas dan menarik nafas lega kerana melaksanaan impian-impian murninya itu..Ini adalah sekadar renungan dari seorang sahabat yang turut merasai kehilangan..

Post a Comment