Friday 12 August 2011

Berita Terkini Hiburan Sensasi: Sambutan Aidilfitri...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Salam Ukhuwwah kepada semua ahli kelab,

Pagi tadi mesyuarat berkenaan Program Sambutan Aidilfitri telah diadakan..dan di sini ada beberapa pengumuman yang ingin dibuat...

Tarikh program Sambutan Aidilfitri telah ditukar daripada 16.9.2011 kepada 23.9.2011 (JUMAAT) bertempat di Bukit Peringgit bermula pada jam 8.00 malam. Konsep masih sama iaitu berbentuk gerai dan mesyuarat tadi telah juga membuat ketetapan person in charge dan jenis menu seperti berikut:-

 
NO
UNIT
WAKIL UNIT
MENU
1
Perundangan, BSK dan Sulh
Puan Ruhaya dan Ustaz Rahmat

Tradisional
2
Pentadbiran,Kewangan,Rekod dan ICT
Puan Raba’atol Adawiyah

Berkuah
3
Bukit Peringgit
Ustaz Azahar

Western Food
4
Daerah Alor Gajah
Encik Kadir dan Encik Fadil

Rojak, Soto dan Lontong
5
Daerah Jasin
Puan Ramlah dan Cik Rahimaton Hamimah

Air dan Pencuci Mulut (termasuk ABC ye)



Maka, semua ahli yang mempunyai idea untuk unit masing-masing sila lanjutkan kepada PIC yang telah dilantik mewakili anda semua.

Adalah dimaklumkan juga, akan terdapat pertandingan gerai tercantik, makanan paling best, dan juga pakaian paling mantooop....hadiahnya penginapan 5 hari 5 malam dirumah sendiri.....emmmmm..hadiahnya adalah...biarlah menjadi rahsia..

Jom kiter pakat-pakat meriahkan program ini.

Terima Kasih.

20 comments:

Mama Caca

Utk peringgit, saya nak request wat fruit salad leh,tq

Anonymous

Abi Irfan want to said,

Erm...alor gajah tu macam berkuah jugak je.... ish3... hehehe...

norhashimahassan

sate x dak ke? ayam panggang ke? kambing panggang ke? leh?

norhashimahassan

kalu mcm tu alor gajah wat le kambing panggang ke, sate ke, ayam ke? tak?

din_sunni

klu Alor Gajah dikira termasuk dengan orang yang tinggal di Alor Gajah jgk, boleh ler dapat kumpul duit lebih buat kambing panggang

norhashimahassan

hihihi... susah2 nau buat le kerang panggang tak? janji panggang... amacam? ade berani?

Mama Mueez

ye tak ye ek..alor gajah mcm berkuah jugak..tapi kuah pekat sket kot dari pentadbiran?hehhe

Jutawan Fikir

ikan panggang cicah kicap pun best jugak..takpun amek satu menu je...lemang?alor gajah camne?

YDP Kelab

yang ada cuma guideline ajer...kalau ada sesiap yang ada idea dan tentunya ada RM lebih, boleh sediakan pelbagai juadah lain.......

norhashimahassan

yup... den stuju! lomang alor gajah gerenti sodaaappp...

kasyah

sonang jor...wat jer rojak ke lontong ke tpi xyoh ar buh kuah...hik3

Abi Irfan

Erm..... alamak Din Sunni ni... kalau nakmasuk yg dok alor gajah.... besar jugak bajet nak kuar dua tempat... hehehe

Din_sunni

Kacang panggang pun ok

Abi Irfan

Kacang kekuda pun ok jgk.... hehehe... erm.. kerepek2 takde ke nak request??

Jebat derhaka

Ari tu dh setuju 2 menu jek..... skrang a/gajah + l menu lagi. daripd 2 langsung korang x dpt padan muka....ada hati nak kambing panggang ngan lomang....korang semua aku panggang sampai rentong......padan muka..

norhashmahassan

memang derhaka ko jebat! huk huk huk

norhashimahassan

Salam. Nak tanye... korang yang bawak family sume pakai baju raye ke? siap bersampin?

YDP Kelab

Tema pakaian akan diputuskan dalam mesyaurat esok hari 9/09/2011 nanti.....cadangan asal berbaju melayu lengkap dan berbaju hari raya tradisional sahaja...ada cadangan lain, dialu-alukan

norhashimahassan

ok, TQ YDP atas makluman.

ydp kelab

alhamdulillah...sambutan kita berjaya dengan jayanya....semua gerai memang best dan sporting...kehadiran terbesar program kelab yang pernah dianjurkan...kalau sahabt yang tak hadir malam tu dapat join sama , majlis pasti bertambah meriah.....tahun depan kita boleh cuba konsep yang lain.....

Post a Comment