Sharing Is Caring..

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kepada semua ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa sudut ini adalah pemberitahuan tentang ahli-ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM yang mempunyai masalah kesihatan, kematian ahli keluarga dan lain-lain perkara yang boleh dikongsi bersama semua ahli kelab.Doa kami semoga sentiasa tabah dan kuat menghadapi cabaran....Amin..

  1. Encik Mohd Yusof Bin Ismail yang telah menjalani rawatan jantung di IJN....Doa kami semoga cepat sembuh dan banyakkan berehat;
  2.  Puan Fatiha Radiyah yang telah menjalani pembedahan tangan untuk mengeluarkan besi pada 29.9.2011 di Hospital Pantai dan beliau telah kembali bertugas pada 24.10.2011. Harapan kami semoga cepat sembuh.