Monday 7 May 2012

Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Meriah!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Pada tanggal 3 Mei  2012 yang lepas, Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh telah diadakan dengan cukup meriah di mana program tersebut telah diadakan di Hotel Orkid, Melaka. Para jemputan mula memenuhi Anggerik Ballroom pada jam 8.00 malam. Tepat jam 8.20 malam program dimulakan dengan persembahan silat oleh Amirudin Kazali dan Zainal yang sememangnya ada bakat terpendam. 

Majlis tersebut sememangnya gamat apabila dua orang pengacara majlis bidang terjun kita, Tuan Mohd Saifudin dan Tuan Mohd Rifauddin menguasai pentas utama. Para hadirin juga tidak kering gusi apabila disajikan dengan persembahan oleh wakil Alor Gajah, Melaka Tengah dan persembahan pentomin oleh pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Jasin. Program penyempaian hadiah juga telah disampaikan oleh YAA Datuk Mahammad Ibrahim dan ketua-ketua unit yang lain. Harapan kami agar majlis pada malam ini menjadi kenangan manis buat Encik Mohamad Nasir yang akan bersara pada 9.5.2012.

Selain daripada itu, Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008 dan KPI juga telah diadakan dengan persembahan Montaj oleh Unit ICT Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM juga mengambil peluang pada majlis tersebut dengan mengadakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan utama, penyampaian hadiah hari lahir dan juga penyampaian kepada pemenang pakaian terbaik yang berjaya digondol oleh Puan Firdawaty dan Encik Fadil kita. Tahniah, nampaknya Tuan Saifudin tidak dapat mengekalkan kejuaaraan pada tahun ni.

Akhir kalam, terima kasih kepada semua urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada malam tersebut yang mana diterajui oleh Ustaz Azahar dan Puan Firdawaty. Kehadiran yang memberangsangkan oleh semua kakitangan termasuk mantan YDP Kelab , Tuan Mohamad Yusro Bin Borhan Nordin amat memberi makna kepada kita semua. Syukran dan Tahniah.


hulubalang yg hebat


persembahan silat...mahal byr pesilat ni..hehhe

sessi menjamu selera



terima kasih mantan ydp kerana sudi hadir

antara hadirin yang hadir


Mc yang menggamatkan suasana..tahun depan sign kontrak lagi ye


Puan Fatimah-fatimah n Saliyati


sengih je puan elmy..tunggu che abe tu...


Majlis penyampaian hadiah


ececcece


terhibur dengan persembahan


pelakon terbaik anugerah mlm persaraan


saingan sengit encik fadil..pemenang pakaian terbaik


dak tihah angkat tinggi sangat tangan tu..kekke


persembahan pentomin daripada MRS jasin


"Bole menang ke jasin ni????"


sessi bergambar




    

11 comments:

Anonymous

Semua persembahan terbaik... idea yg bagus bila program camni kita leh lihat smua bakat2 yg terpendam... Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya... terima kasih kepada semua jawatankuasa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan majlis ini... Syukran..

mama caca

pelakon terbaik adalah tuan masri masud..piala pusingan tahun depan dpt yek...hehhehe

Mantan YDP

terharu menonton keintiman dan sportingnya MRS Jasin....ternanti-nanti [ersembahan melaka tengah, ingatkan nak buat dikir barat, ustaz azhar boleh jadi tok jogho.....

Abi Zihni

Alhamdulillah selesai majlis ni dah dpt meninggalkan byk kenangan dan secara langsung terserlah bakat terpendam... semoga dengan persaraan ini abg nasir boleh rehat2 secukupnya.. tapi rasanya dia still hantar wife kerja...huhuhu...

AG Power

Kami dari Pengacara majlis mohon maaf byk2 klu menghuru harakan majlis..maklumlah suka2 hati je langgar protokol dan aturcara majlis..tahun depan eloklah org lain pulak ...teguran skit, cenderahati penanda nama tu byk yg silap ejaan...cth nama sy ejaan sbnr ra fa alif hamzah, tp dieja ra fa ain..ingat ye kawan2, sebutan rifa' (sebut: rifak) bukan rifaq ok?

AG Power

satu lg cth ejaan Tn Saifuddin..ejaan sebenar sin..tp dieja sod...apa pun cenderahati tu cantik :)

Anonymous

pasni kalu ada nk wat mjlis persaraan... tkyah wat kt hotel orkid... kat melaka ni kan bnyak hotel so bnyak lg pilihan yg terbaik... dhlah parking susah... pastu PA system hancusss....

Dari Melaka Ke Kota Bharu

Buat kat Kota Bharu ajer....

Ummu Ammar

ni program terakhir yang dihadiri oleh arwah Tuan Jasni Bin Mat Desa..alfatihah

abu Hafiz

semoga Allah hari2 yang berlalu bersama arwah menjadi kenangan bersama..al-Fatihah

watyz

x pasal2 aku kena blakon mlm tu... :P

Post a Comment