Perutusan YDP






Assalamualaikum Wrt Wbt

Syukur tidak terhingga kepada Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat ra.

Menadah syukur di pagi Ramadhan yang mulia atas keberhasilan satu lagi produk kelab sukan & kebajikan yang kita sayangi ini. Dengan adanya blog ini, ianya memudahkan interaksi sesama kita secara lebih bebas dan terbuka, boleh jadi
ianya akan menjadi medan penghubung silaturrahim dan ruang kelab bagi menguarkan pelbagai aktiviti yang telah dan bakal diadakan. Semoga blog ini dapat digunakan sebaiknya oleh para sahabat, ahli keluarga besar Mahkamah Syariah.
Selamat melayari blog ini.


Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM