Wednesday 25 January 2012

Semoga Cepat Sembuh!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Semua warga kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita , Nor Fatiha Radiyah Binti Md Tahir telah terbabit dengan kemalangan pada 12.1.2012. Kami doakan semoga Puan Fatihah tabahkan diri dan kuat semangat dalam menempuh hari-hari mendatang.

Dukacita juga dimaklumkan kepada Puan Norazita Mohd Ali yang telah mendapat rawatan di Hospital Pantai Melaka bermula pada 13.1.2012 sehingga 18.1.2012 kerana masalah hempedu. Kami doakan semoga Puan Norazita cepat sembuh dan kuat semangat.

Wassalam

Thursday 5 January 2012

Mjalis Jamuan Di Mahkamah Rendah Syariah Peringgit.

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kepada semua warga kerja Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM yang dirahmati Allah sekalian,  

Adalah dimaklumkan bahawa anda semua dijemput hadir ke Majlis Jamuan yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Peringgit sempena pertukaran Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan , Tuan Mohamad Yusro Bin Borhan Nordin ke Pejabat Penasihat Negeri Kelantan bermula pada 8.1.2012 di mana 6.1.2012 (jumaat) adalah hari terakhir beliau berkhidmat di MSNM ini. Program tersebut diadakan pada 6.1.2012 (jumaat) bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Peringgit bermula jam 9.30 pagi.   

Oleh yang demikian, bagi pihak Mahkamah Rendah Syariah Peringgit, anda semua dijemput untuk meraikan majlis tersebut. 

Terima Kasih.