Monday 27 February 2012

Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ke hadapan semua ahli kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Pada 25.2.2012 hingga 26.2.2012 yang lepas, program Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Perayu Layar, Pengkalan Balak, Melaka. Tahniah kepada urusetia program. Di sini kami amat menghargai atas kesudian YAA/YA/Tuan/Puan bersama ahli keluarga sekalian.

Kemeriahan sukaneka yang telah diadakan bermula petang 25.2.2012 telah menggamatkan suasana dan diteruskan dengan program perpisahan mantan Yang Dipertua Kelab, Tuan Mohamad Yusro Borhan Nordin dan Puan Norazilawati Mohd Jasman yang banyak memberi sumbangan kepada MSNM dan kepada kelab khususnya. Semoga perpisahan ini mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada. 

Program diteruskan dengan sukaneka pada pagi 26.2.2012 dan berakhir dengan Majlis Penutup pada jam 12.30 tengah hari. Kami selaku urusetia berterima kasih kepada semua yang sudi hadir dan di sini kami ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan yang ada dan segala teguran yang membina bagi penambahbaikan program akan datang amatlah dialu-alukan. 

Sekalung penghargaan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Tarima Kasih. 


















Tahniah atas Kelahiran Anak Sulung

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Adalah di sini kami ingin mengwar-warkan kehadiran cahaya mata sulung kepada Ustaz Karim kita yang mana sebagai pembuka tirai tahun 2012. Tahniah atas kelahiran anak lelaki yang selamat lahir ke dunia pada pagi Jumaat bersamaan 24.2.2012. Tahniah dan semoga bayi comel ini menjadi pengikat kasih antara ustaz karim dengan isteri serta keluarga. Amin