Monday 23 April 2012

Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa kelab sukan dan kebajikan bersama dengan jabatan akan mengadakan Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh pada 3 MEI 2012 (KHAMIS) jam 8.00 malam - 10.00 malam bertempat di Hotel Orkid, Melaka. Sila sahkan kehadiran pada borang yang akan diedarkan.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pada tahun ini bukan lagi tema ARABIAN NITE, tetapi tema MELAYU TRADISIONAL...dan hadiah untuk pakaian terbaik juga akan disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut.
.
Adalah menjadi harapan kami agar semua kakitangan dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut bagi menghargai segala jasa dan bakti Encik Mohamad Nasir pada jabatan ini.

Sekian terima kasih.

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Warga Kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin kepada arwah anak Ustaz Rahmat akan diadakan pada 27.4.2012 (JUMAAT) pada jam 9.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Semua warga kelab dijemput hadir ke Majlis Tahlil tersebut.

Sekian terima kasih.

Takziah kepada Ustaz Rahmat Bin Adon

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Dukacita dimaklumkan bahawa anak sulung kepada Ustaz Rahmat telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 14.4.2012 akibat kemalangan jalan raya. Takziah kepada ustaz sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan para mukminin. Semoga Ustaz sekeluarga dapat melalui ujian ini dengan penuh ketenangan. 

Al Fatihah.