Tuesday 3 September 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri MSNM 2013 Meriah!!

Alhamdulillah pada 2 September 2013 ( Isnin) bermula jam 8 malam , program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran pada tetamu di kalangan pegawai dan kakitangan MSNM telah menyerikan suasana. Sebanyak 7 gerai yang terdiri daripada semua Zon 5S dan  telah dibuka di mana pelbagai menu telah dihidangkan untuk para tetamu.
 
Kehadiran Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka juga telah memeriahkan suasana sambutan hari raya tersebut. Selain daripada itu, anak-anak kepada semua kakitangan MSNM turut menerima duit raya daripada YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie.
 
Pertandingan antara gerai juga telah menggamatkan suasana apabila pelbagai kategori dipertandingkan iaitu pertandingan Gerai Terbaik Keseluruhan, Gerai Menu Paling Menarik,Gerai Hiasan Terbaik, dan banyak lagi. Hampir semua kakitangan telah menerima hadiah cabutan yang mana kesemuanya hampir 60 hadiah diberi.
 
Syabas dan tahniah kepada urusetia yang telah berusaha menjayakan program tersebut. Semoga program ini dapat merapatkan ukhuwwah antara semua keluarga kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka. InsyaAllah.



 

Friday 8 March 2013

Tahniah Kepada Semua Penerima APC

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kami warga kelab ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua penerima Anugerh Pekerja Cemerlang yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Awam (MAPAN) di Hatten Hotel pada 7 Mac 2013.

Warga Kelab yang menerima anugerah tersebut adalah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kanan, YA Tuan Othman Bin Ibrahim, Puan Raba'atol Adawiyah Bin Omar, Puan Ramlah Bin Kassim, Encik Budreen Bin Ahmad dan Puan Ruhaya Binti Ismail.

Semoga penghargaan yang diterima ini dapat menaikkan semangat yang tinggi kepada penerima dan juga menyuntik semangat kepada warga kelab yang lain untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas harian. Amin.

Tahniah daripada kami dengan ucapan bila nak belanja kami makan kambing golek!!!...hehhehe

 



 

Thursday 31 January 2013

Perpindahan Ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Bermula pada 31.1.2013, semua warga kelab Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang berada di Ibu Pejabat dan Mahkamah Rendah Syariah Peringgit telah mula sibuk untuk proses berpindah ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka di Jalan Ayer Keroh Lama.

Aktiviti gotong royong dan aktiviti mempacking semua barang telah mula pada hari Isnin, 28.1.2013.

Semoga proses perpindahan ini berjalan  dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Amin!!


Ahlan Wasahlan Tuan Ketua Pendaftar MSNM

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kami semua warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Ketua Pendaftar baru , Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz yang akan memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Pendaftar mulai 1 Februari 2013.

Terdapat kekosongan jawatan Ketua Pendaftar setelah Allahyarham Tuan Jasni Bin Mat Desa telah kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2012. Kemudian tugas-tugas Ketua Pendaftar telah digalas dengan penuh komitmen oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman.

Di kesempatan ini, kami warga kelab mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman atas segala jasa dan usaha dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar sementara kehadiran Ketua Pendaftar yang baru pada 1.2.2013. Syukran Jazilan.

Kami akan sentiasa menyokong Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz dalam apa jua tindakan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar di MSNM ini. InsyaAllah.

Tahniah dan Ahlan Wasahlan.