Tuesday 3 September 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri MSNM 2013 Meriah!!

Alhamdulillah pada 2 September 2013 ( Isnin) bermula jam 8 malam , program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran pada tetamu di kalangan pegawai dan kakitangan MSNM telah menyerikan suasana. Sebanyak 7 gerai yang terdiri daripada semua Zon 5S dan  telah dibuka di mana pelbagai menu telah dihidangkan untuk para tetamu.
 
Kehadiran Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka juga telah memeriahkan suasana sambutan hari raya tersebut. Selain daripada itu, anak-anak kepada semua kakitangan MSNM turut menerima duit raya daripada YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie.
 
Pertandingan antara gerai juga telah menggamatkan suasana apabila pelbagai kategori dipertandingkan iaitu pertandingan Gerai Terbaik Keseluruhan, Gerai Menu Paling Menarik,Gerai Hiasan Terbaik, dan banyak lagi. Hampir semua kakitangan telah menerima hadiah cabutan yang mana kesemuanya hampir 60 hadiah diberi.
 
Syabas dan tahniah kepada urusetia yang telah berusaha menjayakan program tersebut. Semoga program ini dapat merapatkan ukhuwwah antara semua keluarga kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka. InsyaAllah.