Tuesday 22 April 2014

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kepada semua ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM akan diadakan pada 25 April 2014 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari bertempat di Ruang Legar (Berhampiran Bilik Mesyuarat Al-Qurtubi ) Aras 4, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu, YAA/YA/Tuan/Puan dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut. Antara agenda dalam mesyuarat pembentangan laporan aktiviti dan penyata kewangan serta pemilihan jawatankuasa baru.


Sekian terima kasih.



Saturday 5 April 2014

Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih






Alhamdulillah pada 4.4.2014, jam 8.30 malam Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah jayanya berlangsung. Majlis tersebut diadakan untuk meraikan pertukaran mantan Ketua Hakim Syarie, YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan persaraan Puan Hajah Fatimah Binti Abdul Raoh, Setiausaha Pejabat kepada YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim.


Program dimulai dengan tetamu kehormat diarak dengan menaiki cruise menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah menuju ke Hotel Wana Riverside Melaka. Paluan Kompang menyambut ketibaan para tetamu kehormat menuju ke Ballroom Hotel Wana Riverside.


Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang program dihiasi dengan persembahan daripada setiap zon. Gelak Tawa menjadi penyeri malam tersebut. Malam tersebut sungguh telah menyatukan semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka apabila hampr kesemua kakitangan terlibat dengan persembahan Zon masing-masing.


Gamat suasana apabila YAA Datuk memberi ucapan. Namun sessi bergambar telah menimbulkan rasa sayu di hati semua pegawai dan kakitangan. Sungguh perpisahan ini meninggalkan kesan kepada kami semua. Namun kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan ini tiada noktah..maka redhalah kerana perpisahan juga akan mengeratkan tali silaturrahim antara kita.Amin..Ingat Kami Dalam DoaMu..YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim.