Monday 10 September 2012

Tahniah atas Kenaikan Pangkat

Salam Ukhuwwah Salam 1 Malaysia.

Kami warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Tahniah kepada Tuan Amirrudin Abdul Latip, Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin dan juga Puan Aisah Binti Saleh yang mendapat kenaikan pangkat daripada LS 41 kepada LS 44 (Memangku) bermula pada 10 September 2012.

Dengan kenaikan pangkat tersebut, Tuan Amirrudin Bin Abdul Latip telah berpindah ke JAWI Kuala Lumpur sebagai Pendakwa Syarie, manakala Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin akan memulakan tugas sebagai Pegawai Sulh Kanan di Mahkamah Syariah Putrajaya. Puan Aisah Binti Saleh pula telah menjadi Penolong Pengarah Kanan Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka. 

Syabas kami ucapkan dan berdoa agar kenaikan pangkat dan pertukaran tempat kerja ini akan memberikan semangat untuk terus cemerlang dalam berkhidmat dengan penuh cemerlang. Amin

Tahniah dan Congratulations!!    


Friday 7 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya

Saturday 18 August 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Wednesday 15 August 2012

Agihan Bantuan Kepada Fakir Miskin

Sunday 15 July 2012

Selamat Berpuasa

Sunday 8 July 2012

Tahniah atas kelahiran anak kedua!!

Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua kepada Puan Zetty Zainal, Pembantu Syariah di Mahkamah Rendah Syariah Peringgit, Melaka. Semoga dengan kehadiran cahaya mata lelaki ini menambahkan kebahagiaan kepada anda sekeluarga. Amin.

Monday 2 July 2012

Tahniah Atas Kelahiran Anak Ketiga

Assalamualaikum Wrt Wbt, 

Tahniah kepada Puan Aishah Binti Saleh atas kelahiran anak ketiga pada 23.6.2012 jam 9.58 malam di Hospital Besar Melaka. Bayi seberat 3.3kg itu dinamakan sebagai Muhammad Ammar Wildan..semoga Ammar menjadi anak yang soleh dan tahniah sekali lagi dari kami warga Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM. Alfu Mabruk...


Belasungkawa Allahyarham Tuan Jasni Bin Mat Desa

Assalamualaikum wrt wbt,

Sempena mengingati jasa, usaha dan bakti arwah kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka..di sini dipaparkan sedikit sebanyak catitan berkenaan dengan beliau....Alfatihah ...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin. 

Ini adalah nukilan arwah dalam fb

Monday 18 June 2012

Al-Fatihah atas pemergian Tuan Jasni Bin Mat Desa ke rahmatullah.

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Hari ini tiada senda dalam bicara...deru air mata merupakan segalanya...sang hati bicara sendiri...Setelah lebih sebulan di Wad ICU..akhirnya Tuan Jasni Bin Mat Desa,Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka telah kembali ke rahmatullah semalam, 18.6.2012  jam 9.30 malam di Hospital Besar Melaka...pagi ini jenazah arwah akan dibawa ke kampung halamannya di Pahang untuk dikebumikan...arwah telah banyak berbakti kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka...semoga arwah ditempatkan bersama para mukminin... amin

Sunday 20 May 2012

Semoga Tuan Jasni Cepat Sembuh

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Jasni telah dimasukkan di Wad ICU Hospital Mahkota pada 16.5.2012 akibat kekejangan di mana kemudiannya beliau  telah dipindahkan ke Wad ICU di Hospital Melaka.

Sehingga 18.5.2012 beliau masih tidak sedar kerana difahamkan telah diberi ubat tidur dan diberi rawatan di Wad ICU kritikal iaitu di Wad  ICU Orkid 2.1. Jabatan telah membuat bacaan Yasin dan doa selamat agar diberi kesembuhan dari penyakitnya dan kami difahamkan Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri lain juga turut sama membuat bacaan Yassin untuk beliau.

Semoga ahli keluarga beliau tabah dan sama-sama memberi semangat kepada beliau. InsyaAllah sama-sama kita berdoa semoga beliau cepat sedar dan sembuh.

Amin.   

Monday 7 May 2012

Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Meriah!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Pada tanggal 3 Mei  2012 yang lepas, Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh telah diadakan dengan cukup meriah di mana program tersebut telah diadakan di Hotel Orkid, Melaka. Para jemputan mula memenuhi Anggerik Ballroom pada jam 8.00 malam. Tepat jam 8.20 malam program dimulakan dengan persembahan silat oleh Amirudin Kazali dan Zainal yang sememangnya ada bakat terpendam. 

Majlis tersebut sememangnya gamat apabila dua orang pengacara majlis bidang terjun kita, Tuan Mohd Saifudin dan Tuan Mohd Rifauddin menguasai pentas utama. Para hadirin juga tidak kering gusi apabila disajikan dengan persembahan oleh wakil Alor Gajah, Melaka Tengah dan persembahan pentomin oleh pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Jasin. Program penyempaian hadiah juga telah disampaikan oleh YAA Datuk Mahammad Ibrahim dan ketua-ketua unit yang lain. Harapan kami agar majlis pada malam ini menjadi kenangan manis buat Encik Mohamad Nasir yang akan bersara pada 9.5.2012.

Selain daripada itu, Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008 dan KPI juga telah diadakan dengan persembahan Montaj oleh Unit ICT Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM juga mengambil peluang pada majlis tersebut dengan mengadakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan utama, penyampaian hadiah hari lahir dan juga penyampaian kepada pemenang pakaian terbaik yang berjaya digondol oleh Puan Firdawaty dan Encik Fadil kita. Tahniah, nampaknya Tuan Saifudin tidak dapat mengekalkan kejuaaraan pada tahun ni.

Akhir kalam, terima kasih kepada semua urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada malam tersebut yang mana diterajui oleh Ustaz Azahar dan Puan Firdawaty. Kehadiran yang memberangsangkan oleh semua kakitangan termasuk mantan YDP Kelab , Tuan Mohamad Yusro Bin Borhan Nordin amat memberi makna kepada kita semua. Syukran dan Tahniah.


hulubalang yg hebat


persembahan silat...mahal byr pesilat ni..hehhe

sessi menjamu selera



terima kasih mantan ydp kerana sudi hadir

antara hadirin yang hadir


Mc yang menggamatkan suasana..tahun depan sign kontrak lagi ye


Puan Fatimah-fatimah n Saliyati


sengih je puan elmy..tunggu che abe tu...


Majlis penyampaian hadiah


ececcece


terhibur dengan persembahan


pelakon terbaik anugerah mlm persaraan


saingan sengit encik fadil..pemenang pakaian terbaik


dak tihah angkat tinggi sangat tangan tu..kekke


persembahan pentomin daripada MRS jasin


"Bole menang ke jasin ni????"


sessi bergambar




    

Monday 23 April 2012

Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa kelab sukan dan kebajikan bersama dengan jabatan akan mengadakan Majlis Persaraan Encik Mohamad Nasir Bin Mohamad Salleh pada 3 MEI 2012 (KHAMIS) jam 8.00 malam - 10.00 malam bertempat di Hotel Orkid, Melaka. Sila sahkan kehadiran pada borang yang akan diedarkan.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pada tahun ini bukan lagi tema ARABIAN NITE, tetapi tema MELAYU TRADISIONAL...dan hadiah untuk pakaian terbaik juga akan disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut.
.
Adalah menjadi harapan kami agar semua kakitangan dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut bagi menghargai segala jasa dan bakti Encik Mohamad Nasir pada jabatan ini.

Sekian terima kasih.

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Warga Kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin kepada arwah anak Ustaz Rahmat akan diadakan pada 27.4.2012 (JUMAAT) pada jam 9.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Semua warga kelab dijemput hadir ke Majlis Tahlil tersebut.

Sekian terima kasih.

Takziah kepada Ustaz Rahmat Bin Adon

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Dukacita dimaklumkan bahawa anak sulung kepada Ustaz Rahmat telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 14.4.2012 akibat kemalangan jalan raya. Takziah kepada ustaz sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan para mukminin. Semoga Ustaz sekeluarga dapat melalui ujian ini dengan penuh ketenangan. 

Al Fatihah.  

Wednesday 28 March 2012

Tahniah atas kelahiran cahayamata pertama...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada warga kelab kita , Encik Fadil Bin Duamit yang telah mendapat cahaya mata lelaki pada 27.3.2012. Semoga bayi seberat 3.5kg ini menjadi pengikat kasih, penyambung kasih sayang antara Encik Fadil dan Isteri.

Tahniah daripada kami.

Nama saya Muhammad Aisy Darwish


Bermusafir...makin utuh ukhuwwah kita....



Assalamualaikum Wrt Wbt,

Pada 21 - 23 Mac 2012 yang lepas, lebih kurang 39 orang kakitangan Mahkamah Syariah Melaka telah menghadiri Bengkel Pemurnian Dokumentasi MS ISO 9001:2008 , Latihan Audit dan KPI yang telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Kedah.

Kami bertolak daripada Melaka pada jam 10.00 malam dan perhentian rehat pertama kami adalah di Tapah, Perak. Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana masing-masing berkobar-kobar untuk memulakan bengkel di sana. Alhamdulillah setelah berhenti solat Subuh di RnR Gurun Kedah kami selamat tiba di Jetty Kuala Perlis jam 8.00 pagi.
Inilah insan-insan yang menjayakan bengkel ini...dengan ucapan tahun depan kita pergi lagi nooo....

Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki feri jam 10.30 pagi menuju ke Jetty Kuah, Langkawi. Alhamdulillah tiba di jetty bas dari Rakan Kota Leisure Sdn Bhd telah sedia menanti kami untuk dibawa ke Pekan Kuah. Kemudian pada jam 4.30 petang kami dibawa ke Akademi Koreksional Malaysia yang hanya beberapa meter daripada Jetty Kuah. 
Di Padang Matsirat...Mat Cincang tak pergi..

Program bengkel yang dirancangkan telah bermula pada malam 21.3.2012 dan diteruskan pada keesokan harinya dengan aktiviti berkumpulan. Selesai slot dan bengkel yang telah ditetapkan...semua peserta dibawa ke pekan kuah untuk diberi peluang berbelanja secara berhemah. Alhamdulillah ...berdasarkan penglihatan kami sebagai warga kelab ni ramai yang membeli belah barang yang menjadi keperluan sahaja.

Pada 23.3.2012...pada 12 tgh hari kami dibawa ke jetty untuk menaiki feri pulang ke Jetty Kuala Perlis. Alhamdulillah kami tiba di Kuala Perlis pada jam 1.30 petang. Perjalanan diteruskan menuju ke Padang Besar untuk menghabiskan wang ringgit di tangan...pada jam 7.00 petang..kami mulakan perjalanan menuju ke Melaka dengan berhenti di beberapa perhentian rehat dan tiba di Melaka pada jam 4.30 pagi.

Alhamdulillah...walaupun bengkel ini official program...namun kami semua dapat merasakan ukhuwwah yang dapat disemai antara semua peserta yang mana adalah satu keluarga dalam kelab sukan dan kebajikan ini. Perjalanan yang jauh dapat kita kenali rakan rakan dan sahabat2 kita. Sifat tolong menolong antara sahabat terutamanya semasa membawa barang2 menuju ke jetty dan menaiki feri amat mengharukan diri....sesungguhnya kita kena bersyukur atas persahabatan yang dikurniakan ini..moga ukhuwwah kita tetap utuh selepas pulang dari bengkel ini dan matlamat utama untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 akan terlaksana...insyaAllah.

sabar menanti...

masa nak bertolak...

Datuk mencari datin...

tak sabar nak g beli coklat

siap posing tu...vision 3 set...poket tu banyak lagi duit tu..

sengih semuanya...

Ini dinamakan senyum kambing

sungguh khusyuk....dengan bekalan peluru yang tersimpan rapi...

tgh pikir lepas ni nak beli coklat apa lagi ni....

Control macho...
muka-muka belum mandi...opss
muka-muka ceria menunggu feri

Kumpulan 1 dinobatkan sebagai kumpulan 1 Malaysia

Kumpulan 2 ini telah berjaya menggondol kumpulan juara  PK...

Kumpulan 3 ini pula dinamakan sebagai kumpulan haappening....

Kumpulan 4 ini kumpulan kaki gaduh semuanya....

Kumpulan 5 ni kumpulan paling santai n cool....





     

Wednesday 7 March 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Semua warga Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan sehati sejiwa, Puan Elmy Syarmila Binti Mohammad Ali yang telah melangsungkan perkahwinan yang gilang gemilang pada 25 Februari 2012 (Sabtu) yang lepas. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin





Monday 27 February 2012

Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Ke hadapan semua ahli kelab yang dirahmati Allah sekalian,

Pada 25.2.2012 hingga 26.2.2012 yang lepas, program Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Perayu Layar, Pengkalan Balak, Melaka. Tahniah kepada urusetia program. Di sini kami amat menghargai atas kesudian YAA/YA/Tuan/Puan bersama ahli keluarga sekalian.

Kemeriahan sukaneka yang telah diadakan bermula petang 25.2.2012 telah menggamatkan suasana dan diteruskan dengan program perpisahan mantan Yang Dipertua Kelab, Tuan Mohamad Yusro Borhan Nordin dan Puan Norazilawati Mohd Jasman yang banyak memberi sumbangan kepada MSNM dan kepada kelab khususnya. Semoga perpisahan ini mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada. 

Program diteruskan dengan sukaneka pada pagi 26.2.2012 dan berakhir dengan Majlis Penutup pada jam 12.30 tengah hari. Kami selaku urusetia berterima kasih kepada semua yang sudi hadir dan di sini kami ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan yang ada dan segala teguran yang membina bagi penambahbaikan program akan datang amatlah dialu-alukan. 

Sekalung penghargaan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Tarima Kasih.