Sunday 20 May 2012

Semoga Tuan Jasni Cepat Sembuh

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Jasni telah dimasukkan di Wad ICU Hospital Mahkota pada 16.5.2012 akibat kekejangan di mana kemudiannya beliau  telah dipindahkan ke Wad ICU di Hospital Melaka.

Sehingga 18.5.2012 beliau masih tidak sedar kerana difahamkan telah diberi ubat tidur dan diberi rawatan di Wad ICU kritikal iaitu di Wad  ICU Orkid 2.1. Jabatan telah membuat bacaan Yasin dan doa selamat agar diberi kesembuhan dari penyakitnya dan kami difahamkan Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri lain juga turut sama membuat bacaan Yassin untuk beliau.

Semoga ahli keluarga beliau tabah dan sama-sama memberi semangat kepada beliau. InsyaAllah sama-sama kita berdoa semoga beliau cepat sedar dan sembuh.

Amin.   

3 comments:

Paparazzi MSNM

Alhamdulillah, pagi ini dimaklumkan oleh isteri beliau, tuan jasni telah sedar, boleh bercakap namun masih lemah. semoga ada perkembangan positif lagi selepas ini.

Anonymous

Alhamdulillah... smoga KP cpt smbuh n bertugas seperti sedia kala... AMIN..

Mantan YDP

alhamdulillah...semoga paparazzi terus sehat untuk terus menerjah berita yang shahih lagi tepat......

Post a Comment