Tuesday 26 July 2011

Cahaya Mata...Permata Hati Papa dan Mama...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM ingin merakamkan sekalung tahniah atas kelahiran bayi-bayi comel kepada kakitangan MSNM antaranya  Puan Nurul Huda Abd Kader, Pegawai Teknologi Maklumat yang selamat melahirkan bayi perempuan pada 23.6.2011 seberat 3.61kg yang diberi nama Nur Iman Irdina Binti Mohd Najwan, dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat juga melahirkan bayi lelaki seberat 3 kg pada 22.6.2011 yang diberi nama Manzoor Akmal Bin Ajmal Haq.

Manakala berita yang baru kami terima daripada Hakim Mahkamah Rendah Syariah , Puan Firdawaty Binti Mohamad, Hakim wanita kita juga selamat melahirkan bayi gegel seberat 2.69kg pada 23 Julai 2011 dan diberi nama Sumayyah Binti Azhari.

Tahniah dan semoga anak-anak ini penyambung generasi kita dalam meneruskan perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Ameeeen.

  

0 comments:

Post a Comment