Monday 26 December 2011

SELAMAT PENGANTI BARU!!

Assalamualiakum Wrt Wbt,

Kami, warga Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Tuan Rifaiuddn Bin Abd Wahab , Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya pada tanggal 26.12.2011. Majlis resepsi di sebelah keluarga Tuan Rifaudin akan berlangsung pada 31.12.2011. Tahniah.

Selamat Pengantin Baru dan kami mendoakan agar kekal hingga akhir hayat. Amin


Monday 19 December 2011

Tahniah atas kelahiran cahaya mata penutup tirai tahun 2011!!

Assalamaualaikum Wrt Wbt,

Para ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Sukacita di sini kami ingin mewar-warkan bahawa Tuan Amirrudin Abdul Latip telah bergelar bapa dengan kelahiran hero nya pada jam 6.30 pagi tanggal 19.12.2011. Semoga kehadiran bayi seberat 2.6 kg ini dapat menambahkan ikatan kasih sayang antara Tuan Amirrudin kita dengan permata hatinya.

Adalah juga dimaklumkan bahawa boboy Tuan Amirrudin ini adalah penutup tirai al kisah kehadiran cahaya mata bagi warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka tahun 2011. InsyaAllah pada tahun hadapan akan ada yang menyusul...insyaAllah bertambah umat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Tahniah.

Tahniah atas kenaikan pangkat!!

Assalamaualaikum Wrt Wbt,

Para ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Muhamad Yusro Bin Borhan Nordin yang telah diberikan surat kenaikan pangkat pemangkuan LS48. Namun berita gembira ini sedikit menyentuh hati semua warga kelab kerana beliau akan bertukar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan bermula pada 19.12.2011 dimana akan memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Syariah Jabatan Peguam  Negara. 

Perpindahan YDP ini sedikit sebanyak memberi impak kepada semangat semua ahli kelab kerana beliau adalah nadi penggerak, pencetus idea-idea bernas dalam  menjayakan apa-apa program  dan perancangan dalam  almanac kelab sukan dan kebajikan sejak tahun 2008 lagi. 

Semoga Tuan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan kami doakan semoga perpindahan ini Tuan dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam  kerjaya sebagai penjawat awam.. Tahniah dan kami akan sentiasa mengingati segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan dan khususnya dalam  menaikkan taraf  kelab sukan dan kebajikan yang disayangi ini.

TAHNIAH ...

  

Sunday 11 December 2011

Tahniah atas kelahiran puteri..cahayamata ketiga!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Maznira telah selamat melahirkan puteri yang comel seberat 3.3kg pada jam 9.21 malam pada tanggal 11.12.2011.

Semoga kelahiran anak yang ketiga ini menambahkan kasih sayang antara Puan Maznira sekeluarga. Tahniah daripada kami. 


Thursday 8 December 2011

PERTUKARAN TARIKH HARI KELUARGA!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Perhatian kepada semua ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah,


 
Oleh kerana terdapat perkara mustahak yang tidak dapat dielakkan, Tarikh Hari Keluarga MSN Melaka 2011/12 TERPAKSA di ganjakkan daripada 11 & 12 Februari 2011(Sabtu dan Ahad) ke tarikh baru iaitu pada 25 & 26 hb Februari 2012 (Sabtu dan Ahad) yang berkebetulan selepas tarikh Gaji diterima.
 
Sementelahan itu, sukacitanya kami ingin mendapatkan KERJASAMA saudara saudari sekalian agar dapatlah mengosongkan JADUAL/AKTIVITI saudara saudari masing2 pd tarikh tersebut bagi sama-sama menjayakan Program Keluarga MSNM kita ini.
 
Selain itu, bagi sesiapa yang dapat sertai atau tidak dapat sertai pada tarikh yang termeterai, sila maklumkan kpd urusetia secepat mungkin sebagai confirm! dan bagi yang tidak dapat sertai sebagai makluman dan urusan pemulangan duit sumbangan/baju... ..
 
-an bagi yg telah SEMEMANGNYA merancang pada 11 & 12 Februari 2012 untuk sertai program ini dan x dpt lagi untuk pergi pada tarikh pindaan ini, Kami pihak URUSETIA memohon jutaan kemaafan di atas kesulitan tersebut....
 
Diharap sebarang pertanyaan dan kemusykilan dapatlah berhubung terus kpd pihak urusetia secepat mungkin...
 
Harap Maklum....

Tuesday 22 November 2011

Tahniah atas kelahiran anak ketiga!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kami ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Puan Norhashimah atas kelahiran bayi perempuan seberat 3.2kg pada 21.11.2011 di Hospital Melaka.

Semoga kelahiran bayi ketiga ini menambahkan lagi seri kehidupan puan sekeluarga.Tahniah.

Takziah kepada Tuan Mohd Mirza

Asssalamualaikum Wrt Wbt,

Kami ingin mengucapkan takziah kepada Tuan Mohd Mirza atas kehilangan ayah tercinta pada 20.11.2011. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah dan Al- Fatihah.

Tahniah atas kecemerlangan anak-anak dalam UPSR

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tidak terlambat lagi kepada kami untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada ahli-ahli kelab yang mana anak-anak mereka telah memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru diumumkan baru-baru ini.Segala susah payah jerih perih telah terubat apabila mendapat kejayaan tersebut. Semoga kecemerlangan ini sebagai titik tolak untuk terus cemerlang di masa hadapan. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Thursday 27 October 2011

Cadangan Penambahbaikan Blog

Assalamualiakum Wrt Wbt,

Kepada semua ahli kelab yang sentiasa dirahmati Allah sekalian,

Tujuan utama pembinaan blog ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kita semua dan sebagai medan untuk menyebarkan sebarang maklumat penting berkenaan kelab.ahli atau perkara-perkara lain. Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan cadangan daripada anda semua sebarang cadangan atau komen berkenaan blog ini bagi tujuan penambahbaikan bagi mencapai objektif utama tersebut.

Sila post komen anda dibawah dan segala usaha anda untuk memberi komen atau cadangan atau apa sahaja saranan amatlah kami hargai.

Terima Kasih.


Monday 17 October 2011

Tahniah atas kelahiran anak pertama...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kami warga Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM mengucapkan sekalung tahniah kepada EO kita, Encik Shaari Bin Kadir kerana dikurniakan cahayamata lelaki yang selamat dilahirkan pada hari ini, 17.10.2011. Semoga anugerah Allah ini akan menjadi anak yang soleh dan semoga menjadi pengukuh ikatan kasih sayang antara En.Shaari sekeluarga....Amin.

Friday 14 October 2011

Tahniah atas Konvokesyen dan Penerimaan LLM IIUM

Assalamualaikum Wrt Wbt

Kami semua ingin merakamkan tahniah kepada Tuan Jasni bin Mat Desa, Ketua Pendaftar dan Tuan Hasanuddin Bin Mohd Yusof , Pegawai Sulh yang mana mereka telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Master of Laws (atau lebih dikenali sebagai LLM) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) yang mana telah diadakan Majlis Konvokesyen pada 8.10.2011 lepas.

Semoga kejayaan menamatkan pengajian oleh Tuan Jasni dan Tuan Hasanuddin dapat memberikan semangat kepada pegawai dan kakitangan yang lain dalam melanjutkan pelajaran walaupun sibuk dengan tugas hakiki di pejabat.

Tahniah kami ucapkan atas usaha jitu tuan-tuan dalam menamatkan pengajian tersebut.

Wednesday 5 October 2011

Tahniah Kepada Azmir Ab Aziz atas kelahiran Amanda Aisy

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tahniah kami ucapkan kepada sahabat kita, En. Azmir Ab Aziz atas kelahiran bayi perempuan seberat 3.2kg pada 5.10.2011. Bayi comel ini telah diberi nama Amanda Aisy. Semoga kelahiran anugerah Ilahi ini menjadi pengikat kasih sayang antara Azmir dan isteri tercinta. Semoga menjadi anak yang solehah.

Amin.

Monday 3 October 2011

JADUAL JAMUAN DI PAGI JUMAAT YANG TERKINI

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kepada semua warga MSNM yang berada di HQ,

Sukacita dimaklumkan bahawa jamuan di pagi Jumaat akan bermula semula bermula pada Jumaat ini 7 Oktober 2011 dan di sini dilampirkan ahli-ahli baru kumpulan anda untuk rujukan anda semua.


Harap Maklum.



KUMPULAN 1

KUMPULAN 2
1
Y.A.A. Datuk Mahammad Bin Ibrahim

1
Tuan Jasni Bin Mat Desa
2
Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin

2
Puan Aisah Binti Saleh
3
Puan Rohani Binti Kamar

3
Puan Nurulhuda Binti Abdul Kader
4
En. Shaari Bin Ab Kadir

4
En. Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir
5
Puan Fatimah Binti Abdul Raoh

5
En. Mohamad Ariffin Bin Hj. Yaakup
6
Puan Nor Fatiha Radiyah Binti Mohd Tahir
6
Puan Shahmizah Binti Sahad
7
Puan Siti Roslina Binti Ab Hasan

7
En. Amiruddin Bin Khazali
8
Puan Saliyati Binti Sahop

8
En. Baharuddin Bin Lambak
9
En. Shamsul Bin Zakariah

9
Puan Nor Hashimah Binti Hassan
10
En. Mohammad Fairouz Bin Jaafar

10
Puan Maizatulehram Binti Zainal Abidin
11
En. Faizol Bin Makmin

11
En. Hassan  bin Hj. Ibrahim



12
Puan Ruhaya binti Ismail





KUMPULAN 3

KUMPULAN 4
1
Tuan Mohd Asri Bin Hj. Tahir
1
Tuan Amirrudin Bin Abdul Latip
2
Puan Norazita Binti Mohd Ali

2
Tuan Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof
3
En. Ahmad Hambali Bin Mohamad Ali

3
En. Rahmat Bin Adon
4
Cik Nor Hafizah Binti Mayikhi

4
Puan Azlisawati Binti Mohammad
5
Puan Fatimah Binti Baba

5
Puan Maznira Binti  Abdul Aziz
6
Puan Norhasurah Md Yunus

6
En. Mohd Nazri Bin Mohamad @ Yusop
7
En. Abdul Karim Bin Ibrhim

7
En. Hasbullah Bin Nordin
8
En. Khairul Anuar Bin Keme

8
En. Ahmad Rifai Bin Rose
9
Puan Raba'atol Adawiyah Binti Omar

9
Puan Faizah Binti Abdul Rahman
10
En. Mohd Yusof Bin Ismail

10
Puan Zubaidah Binti Yaacop
11
En. Hamran Bin Dolah

11
Puan Noorhayaty Binti Samit


12
En Jais Bin Dollah







 

Thursday 22 September 2011

Program Sambutan Aidilfitri Mahkamah Syariah Melaka MERIAH!!

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah, syukur ke hardat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya program Sambutan Aidilfitri MSNM berlangsung meriah semalam  dengan kehadiran ramai pegawai,kakitangan dan jemputan yang memeriahkan suasana.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dan kesungguhan semua pemilik gerai telah menggamatkan suasana.

Semoga program ini memberi seribu satu kenangan kepada semua dalam kita mengeratkan ukhuwwah yang sedia ada dan segala kerjasama yang ditunjukkan oleh semua amatlah dihargai.

Syabas kepada semua warga MSNM.

Gerai Jon Labu memenangi Anugerah Gerai Tercantik

Sessi Penyampaian Sijil kepada Gerai Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah

Penyampaian Sijil kepada Wakil Gerai Mahkamah Rendah Syariah Jasin

Unit Pentadbiran, Rekos & ICT Juga mengambil bahagian

Wakil Unit Perundangan, BSK & Sulh menerima Sijil Penyertaan daripada YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim

Sessi penyampaian hadiah

Kehadiran YB Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid turut memeriahkan suasana

Persiapan sebelum program

Gerai mantaaaaap..



Antara hadirin yang hadir

Gerai yang sentiasa manis dengan senyuman...



Tuesday 20 September 2011

Tarikh Baru Sambutan Aidilfitri 2011

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan tarikh asal program Sambutan Aidilfitri 2011 yang dijadualkan pada 23.9.2011 (Jumaat) telah DIUBAH PADA 22.9.2011 (KHAMIS) jam 7.45 malam sehingga 10.30 malam. Sila rujuk tentatif program pada kad jemputan yang telah diedarkan oleh Unit Hebahan dan Promosi. 

Semoga kehadiran YAA/YA/Tuan/Puan/Encik/Cik akan memeriahkan lagi suasana. 

Terima Kasih.  

Saturday 17 September 2011

Baby baru lagi..

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Untuk pengetahuan semua warga kelab sekalian, adalah diumumkan kelahiran baru warga MSNM, Puan Norhasurah Md Yunus yang telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.9 kg pada hari yang cukup bermakna, Hari Malaysia, 16.9.2011. Bayi 1 Malaysia ini telah dilahirkan secara normal pada jam 7.30 malam. Alhamdulillah.

Semoga kelahiran kedua ini membawa 1001  kebahagiaan Puan Norhasurah sekeluarga. Amin

Monday 12 September 2011

Lagi Ahli Baru...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Sulh, Tuan Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof, telah dikurniakan anak lelaki yang kedua yang mana telah dilahirkan pada 11.9.2011 (Ahad). Anugerah Allah ini telah diberi nama Muhammad Izzuddin. Semoga Muhammad Izzuddin ini menjadi pengerat hubungan antara Tuan Mohd Hasanuddin sekeluarga. Tahniah daripada kami. 

    


Thursday 8 September 2011

Pengumuman Ahli Baru

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tahniah kepada Puan Saliyati Binti Sahop atas kelahiran baby gegel yang comel yang telah diberi nama Nur Afrina Binti Nur Afifudin pada pukul 8.00 malam pada 8.9.2011 (Khamis). Semoga baby seberat 3kg ini akan menjadi penyeri kehidupan Puan Saliyati dan Suami dan mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka. Semoga baby gegel ini menjadi anak yang solehah..amin.

Nama saya Nur Afrina

Monday 29 August 2011

Perutusan Aidilfitri Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri. Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan. Al-Quran mengajar kita menghoramti antara satu sama lain, memuliakan persaudaraan sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan KELUARGA BESAR MAHKAMAH SYARIAH ini seterusnya di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. 


Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya anatara kita ANAK BERANAK DAN ADIK BERADIK DI MAHKAMAH INI  dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli Keluarga Besar Mahkamah Syariah yang terdiri dari "Ayahanda" yang kita sayangi YAA Datuk Mahammad Ibrahim, "kekanda sulung " YA Tn Asri dan Tn Jasni, seterusnya semua kekanda-kekanda saya, dan adinda-adinda saya.Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan seikhlasnya dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Ambillah kesempatan dengan 2 aktiviti besar Kelab Kita tahun ini iaitu Jamuan Aidil Fitri dan Hari Keluarga yang bakal dilaksanakan untuk MENGERATKAN UKHUWWAH SESAMA KITA. 


Akar Nibung Meresap,Akar Mati Dalam Perahu,
Terbakar Hati ternampak Asap, 
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.Ikhlas Penuh Ikhuwwah,YDP Kelab Sukan & Kebajikan

Friday 26 August 2011

Selamat Pulang Ke Perantauan

Assalamualaikum wrt Wbt

Kepada semua ahli kelab yang sentiasa diberkati Allah, 

Kelab ingin mengucapkan selamat pulang ke perantauan kepada kakitangan yang rata-ratanya mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing...Pandu dengan berhati-hati dan semoga perjalanan selamat dan tiada masalah..amin.