Monday 29 August 2011

Perutusan Aidilfitri Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri. Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan. Al-Quran mengajar kita menghoramti antara satu sama lain, memuliakan persaudaraan sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan KELUARGA BESAR MAHKAMAH SYARIAH ini seterusnya di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. 


Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya anatara kita ANAK BERANAK DAN ADIK BERADIK DI MAHKAMAH INI  dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli Keluarga Besar Mahkamah Syariah yang terdiri dari "Ayahanda" yang kita sayangi YAA Datuk Mahammad Ibrahim, "kekanda sulung " YA Tn Asri dan Tn Jasni, seterusnya semua kekanda-kekanda saya, dan adinda-adinda saya.Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan seikhlasnya dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Ambillah kesempatan dengan 2 aktiviti besar Kelab Kita tahun ini iaitu Jamuan Aidil Fitri dan Hari Keluarga yang bakal dilaksanakan untuk MENGERATKAN UKHUWWAH SESAMA KITA. 


Akar Nibung Meresap,Akar Mati Dalam Perahu,
Terbakar Hati ternampak Asap, 
Terbakar Hati Siapa Yang Tahu.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.Ikhlas Penuh Ikhuwwah,YDP Kelab Sukan & Kebajikan

3 comments:

Ydp kelab

silap pantun tu....
akar nibung meresap,
akar mati dalam perahu,
terbakar kampung kelihatan asap,
terbakar hati siap yang tahu

ummi hana

mcm kenal je pntun tu...

Mama Mueez

tak kesah la nampak asap ke atau akar mati dalam perahu...asal boleh mkn rendang..

Post a Comment