Tuesday 23 August 2011

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lepas, 19.8.2011 terlaksana sudah salah satu program yang diilhamkan oleh Tuan YDP iaitu agihan sumbangan kepada fakir miskin. Lebih 30 orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam menjayakan program ini. Rata-rata penerima adalah mereka yang tidak mendapat daripada mana-mana bantuan samaada daripada Jabatan Kebajikan Masyarat atau Majlis Agama Islam Melaka. Sebanyak 6 kumpulan telah berjalan serentak untuk membuat proses agihan barang-barang yang telah  dibungkus. Alhamdulillah semua berkumpulan menyelesaikan tanggungjawab tanpa sebarang masalah dan dapat berjalan dengan lancar.

Semoga program ini mendapat barakah daripada Allah SWT..Ameen

Antara Penerima Sumbangan
Ucapan YAA Datuk Mahammad sebelum proses penyerahan sumbangan.


Tuan Jasni bersama ahli kumpulannya menyerahkan sumbangan.
YA Tuan Mohd Asri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.



2 comments:

YDP kelab

selayaknya ucapan Jazakumullah khairan jaza' dipanjangkan khas buat kekanda dan adinda saya di Mahkmah syariah melaka atas kesungguhan berinfaq bagi membantu saudara seIslam yang memerlukan di Ramdahan lalu....moga budi baik ini terus menyubur dan semakin membuah.

Abi Irfan

Ya, betul tu Tuan..... Syukran Buat Ayahanda dan Kekanda......

Post a Comment