Wednesday 3 August 2011

Program yang dirangka...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Semalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelab kali 2/2011 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat MSNM....hasil daripada mesyuarat tersebut, pelbagai program telah dicadangkan dan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini dan sambutan hari raya aidilfitri.

Untuk makluman semua ahli kelab, ntara program yang telah dirangka dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-


NO
PROGRAM

Cadangan Tarikh/Tempat/Sasaran
AJK Bertanggungjawab
1
Ceramah Sempena Ramadhan
2 kali seminggu/ Bermula 8/8/2011

Ruang Tamu Mahkamah Syariah Melaka Tengah.

Ustaz Hambali
2
Pemberian kepada Fakir Miskin
Kutipan derma bermula
8/8/2011 – 16/8/2011
Sasaran kepada fakir  
        miskin yang tidak   
        mendapat bantuan.

Puan Zamniazura  & Puan Aishah
3
Jamuan Aidilfitri
16/9/2011 (malam) di Mahkamah Rendah Syariah, Bukit Peringgit, Melaka.

Puan Aishah & Puan Zamniazura
4
Hari Keluarga
Oktober 2011

Encik Khairul Anuar
5
Road To Cambodia
Mac 2012
Tuan Amirrudin Abdul Latip



Surat pemberitahuan dan informasi secara terperinci kepada ahli kelab akan diedarkan dari semasa ke semasa dan surat lantikan sebagai AJK bagi setiap program di atas akan juga dikeluarkan.

Adalah diharapkan semua ahli dapat memberi komitmen yang jitu untuk mengambil bahagian dalam semua program yang dicadangkan di atas...InsyaAllah

Terima Kasih ye...

 جزاك الله خيرا كثيرا

p/s: Untuk makluman semua, majlis Berbuka puasa tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan bajet...mungkin kekecewaan tak dapat berbuka dengan semua ahli dapat diubati dengan program Jamuan Aidilfitri yang kita akan laksanakan berkonsep gerai...semua bahagian dan unit  WAJIB bukan sunat muakkad, menyertai program tersebut dengan semua diberi pilihan menu yang sesuai untuk disajikan ..semoga program ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi ukhuwwah kita yang makin menjauh...mendekatkan lagi ruang yang makin lompang...amin..

10 comments:

pinkycute_elmy2207

tak sabar rasenya nak joint program "Road to Cambodia" sbb InsyaAllah mase tu dah tuuutt.. hehehe... kalau dah comfirm tarikh bgtau yea~

poket kosong

untuk jamuan sambutan aidilfitri... no money no talk.. hehehe ;p datang makan je boleh la.. mau ulor ma~

Mama Caca

elmy: leh ler join..nnt kita maklumkan tarikh confirm tp kalau berminat nak pegi..bagi nama n kiter kumpul duit dari sekrang..mcm main kutu..

poket kosong: pasti kena datang..tk boleh hulur buat pinjaman...kami bukan along,kami mau tolong ma...hehehhe

YDP Kelab

untuk poket kosong.....money ada dalam poket ahli-ahli......

pinkycute_elmy2207

InsyaALLAH, satu kepala dalam RM600 kan? rasenye tak yah maen kutu kot... hehehe

poket kosong

mau tolong kene ulor daun jugak la... macam tahun lepas ade la jugak RM500.. Hmmmm...

YDP Kelab

Poket kosong........tahun lepas ada RM500, tahun ini enggak ada dong.......program tetap kena buat...membujur lalu, melintang patah.....

poket kosong

menu nak kopi kaw punyer...huhuhu

YDP Kelab

belum terlambat rasanya mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli keluarga besar mahkamah syariah menjayakan pelabagai program sepanjang bulan ramadhan....harapnya iany terus menyubur dari semasa ke semasa...

Anonymous

syoknyer....huhuhuhu....zila

Post a Comment