Sunday 7 August 2011

Maklumat Baru Hari Keluarga

Salam Ukhuwwah kepada semua ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM,

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Keluarga akan diadakan pada 22 - 23 Oktober 2011 bertempat di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Borang Penyertaan telah diedarkan oleh Ustaz Hambali melalui email esyariah. Borang tersebut hendaklah dihantar SEBELUM atau PADA 12.8.2011 (Jumaat) bagi melancarkan urusan penempahan resort.

Sumbangan hendaklah diserahkan kepada Bendahari Kelab , Puan Raba'atol Adawiyah Binti Omar. 

Kami amat berbesar hati sekiranya YAA/YA/Tuan dan Puan sekalian dapat hadir untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga ini kerana ruang inilah yang kita boleh gunakan sebaik-baiknya untuk merapatkan silaturrahim yang sedia ada. 

Terima Kasih. 

12 comments:

Anonymous

sama2 kiter rebut peluang yang ada ini

Echah Saleh

rugi siapa yang tak join program ini...

pinkycute_elmy2207

Moh kite reramai meriahkan "Jom family day" msnm... pelbagai acara menarik menanti anda!
~baik punyer~ (*^_^*)

YDP Kelab

besar harapan saya...semua dapat hadir tanpa pengecualian.....biarkan anak-anak kita bermain, biarkan pasngan kita interaksi sesama mereka dan kita rapatkan semula ukhuwwah....

S/U Kelab

kepada AJK yang kena mencari sponsor utk hadiah,sila dapatkan alamat dan contact no pemberi sponsor daripada saya...saya ada senarainya..mekacih!!

YDP Kelab

Mohon idea dari semua sahabat, cadangkan aktiviti yang menyeronokkan tapi tak gunakan kos yang tinggi pada hari keluarga nanti........

Mama Mueez

saya nak cadangkan satu, tukar-tukar hadiah boleh?masing2 beli hadiah minimum harga RM5 ok kot...

pinkycute_elmy2207

kita maen boling buah kelapa untuk game dewasa nanti... hehehe... kalau yg baling tu terlebih muda, lagi cepat rebah botol tu... ;p

YDP Kelab

Cadangan baik tukar hadiah, kita boleh buat masa malam bakar barbeque...saya sokong...perlu diperhalusi.....yang lepas kat hotel ada yang ngelat....main boling kelapa ok gak tapi dah biasa dah......

Anonymous

Cadangan : Pertandingan mencari harta karun.
Kaedah : Menyelesaikan masalah pada pembayang misteri.
Ikuti siri penyiasatan Detektif indigo ...
:D
gurau saja....

Anonymous

alah...nak itut la camni...huhuhu...zila

ydp kelab

kalau zila dapat datang, maka berpeluanglah kita mengadakan sambutan ,ajlis perpiosahan dengan dia......

Post a Comment